Hiburan By: Del14 October 17, 2019 @ 8:49pm

Pulak Dah…Mark Adam Teringin Jadi Jahat??

Bermula sebagai penyanyi, perjalanan seni insan bernama Mark Adam yang berasal dari Filipina ini semakin berkembang. Mark bukan sahaja dikenali sebagai seorang pelawak, dia juga kerap berlakon di dalam drama, telemovie dan  sejak akhir-akhir ini, mula mengembangkan bakat lakonannya ke layar perak. 

Ketika ditemui usai majlis tayangan filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi yang kebetulan diadakan pada tarikh hari lahirnya yang ke-40, Mark Adam mengaku yang dia susah untuk menghafal skrip dan amat gementar untuk muncul di layar perak.

“Saya sebenarnya tak boleh hafal skrip..sukar nak hafal. Jadi saya kena fahamkan apa cerita yang nak  disampaikan.. kemudian saya akan ‘improvise‘.

“Selalunya saya memang tak ikut skrip secara menyeluruh dan saya akan buat dialog secara spontan.  Pengarah, Anwardi Jamil amat memahami, memandangkan sebenarnya ini filem pertama saya.

“Sejujurnya, saya amat gementar tetapi saya atasi perasaan itu dengan sentiasa mengingatkan diri untuk lakukan yang terbaik.

“Mereka sudah beri kepercayaan pada saya untuk membawa watak tersebut jadi, ia adalah tanggungjawab saya untuk buat yang terbaik dan tidak menghampakan pengarah dan produksi,” jawab Mark.

Penggambaran filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi dibuat 2 tahun yang lalu, tetapi baru sekarang ditayangkan di layar perak. Untuk lakonan filem pertama, Mark memang tidak menghampakan.

Memandangkan filem ini bergenre komedi romantik, watak Nik yang dibawa Mark, memang sesuai dengan gaya Mark yang bersahaja. Walaupun, ada ketikanya babak itu agak serius, tetapi Mark masih mampu membuat penonton tergelak melihat raut muka dan mimik wajahnya yang ‘lurus’. 

Apabila ditanya wartawan Xtra tentang watak yang diidamkan, Mark terus menjawab tanpa teragak-agak, “Saya nak jadi jahat! Saya nak bawa watak ‘villain‘, orang paling jahat dalam cerita tersebut. Kenapa? Ada masalah ke??” jawab Mark dengan muka serius sambil berseloroh. 

7 Hari Kisah Cinta Langkawi berkisarkan seorang vlogger popular bernama Adira (dijayakan oleh Chi Azim, seorang pelakon teater) yang menggunakan nama vlog ‘Diva Asmara’ yang kerap memberi kata-kata nasihat berkenaan cinta pada pengikutnya.  Beliau kemudian telah dicabar oleh seorang vlogger di Langkawi bernama Joe (lakonan Josiah Hogan) untuk membuktikan teorinya apabila Adira menerbitkan buku ‘Cara Memikat Hati Lelaki Dalam 7 Hari’.

Filem yang diarahkan oleh saudara Anwardi Jamil ini didokongi oleh Mark Adam, Josiah Hogan, Peter Davis, Sharifah Shahira, Amai Kamarudin, Shaharudin Thamby, Chi Azim, Tengku Norsaili dan Tengku Rhea dari Koolfm.

Pada mereka yang sukakan cerita komedi romantik yang santai, boleh lah menonton filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi ini apabila ia ditayangkan di pawagam 31 Oktober nanti. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 13 Jan 2020

MASDO Tampil Dengan Album Jalan Abbey

Dengar cerita, cetakan pertama album ini telahpun sold out guys!

Fab Foodies! Mon, 22 Oct 2018

Ginseng Korea Vs Ginseng Amerika: Manakah yang Terbaik?

Apakah perbezaan antara Ginseng Amerika dan Ginseng Korea?Ketahuinya dengan lebih lanjut disini.

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Fattah Dan Fazura Sudah Bersedia Untuk Hidup ‘Bertiga’

Semoga cepat-cepat dimakbulkan Allah…

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

Don’t Take The Words From Us But Lady Gaga Might Have Been Speaking With Ex-Fiance Again

Are the rumours trumours? Well, we just need to see about that.

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

Betulkah Ardell Aryana Sakit Kanser?

Adakah benar Ardell kini sedang menghidap kanser? Baca berita penuh hanya di Xtra.com.my!

TECH Tue, 22 Jan 2019

Skip the Crowded Supermarkets this Year by Simple Using HappyFresh’s Delivery Service

There’s no need to drive out, search for parking, and then squeeze through crowds in supermarkets anymore.

Contest Mon, 20 Jan 2020

xtra好康头 | 送你《温拿L.O.V.E云顶演唱会》入门票

回忆杀!温拿五虎2月再合体,xtra好康头将送你演唱会入门票,让你重温首首经典好歌。

Hiburan Mon, 24 Sep 2018
Featured Sun, 18 Jul 2021

“Semua Orang Nak Cari Gaduh Dan Cakap Bukan – Bukan Pada Saya, Saya Sedih”.. – Ebit Lew

Sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok yang memaparkan luahan rasa Ustaz Ebit Lew mendapat perhatian ramai. Menerusi video tersebut, Ustaz Ebit Lew dilihat meluahkan kekesalan beliau terhadap segala kata-kata yang dilemparkan oleh segelintir […]

Trending Thu, 16 Apr 2020

| Live TV