Puteri Aishah Dan Enam Lagi Kru Drama Sah Positif COVID-19 Selepas Pulang Dari Scotland

Pelakon yang semakin hari semakin meningkat naik, Puteri Aishah disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengarah drama, Rahila Ali yang telah mengesahkan, dirinya bersama pelakon, Puteri Aishah dan empat anggota produksi lain mendapat keputusan positif COVID-19, selepas menjalani ujian saringan di sebuah hospital swasta, semalam.

“Ya, kami disahkan positif COVID-19. Saya menerima keputusan ujian semalam, manakala beberapa kru lain termasuk Puteri Aishah terima hari ini.

“Kami tidak mengalami simptom seperti demam, sakit tekak atau sesak nafas. Bagaimanapun, kami tidak bernasib baik apabila dijangkiti virus berbahaya itu.

Walaubagaimanapun, seorang lagi pelakon drama tersebut iaitu Ben Amir dilaporkan negatif COVID-19 selepas pulang dari Malaysia lebih awal.

Kumpulan produksi drama Demi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, sebelum kes penularan COVID-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum dikuat kuasa.

Sumber: Berita Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”