Categories: Trending

Neelofa Ungkap Rasa Syukur,Anak Saudara Negatif Covid-19

Pengacara dan Usahawan terkenal Neelofa memanjatkan rasa syukur pada hari ini apabila mengetahui anak saudaranya, Noor Sameera telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19.

Perkara ini dihebahkan sendiri oleh Neelofa menerusi ciapannya di laman Twitter. Menurut Neelofa,31, anak saudaranya itu sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital selepas 19 hari dikuarantin.

“Alhamdulillah, selepas 19 hari di kuarantin, Baby Sameera sudah dapat pulang. Keputusan ujian didapati negatif. Syukur dan terima kasih semua atas kiriman doa buat Baby Sameera,”

Sementara itu, sepupu Neelofa, Noor Cahaya turut menzahirkan kesyukuran apabila mengetahui anaknya sudah bebas sepenuhnya daripada virus berkenaan.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah akhirnya Noor Sameera sembuh daripada Covid-19 dan sudah di rumah. Terima kasih kepada semua, ahli keluarga dan pengikut yang sentiasa bertanya di Instagram.

“Hanya Allah saja dapat balas jasa baik semua. Semoga Allah lindungi kita dari wabak penyakit ini dan segala penyakit. Aamiin,” tulisnya.

Pada 21 Mac yang lalu, Neelofaa telah berkongsi mengenai keadaan anak saudaranya yang dijangkiti wabak Covid-19 di insta stories miliknya.

Welcome home baby Sameera!

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover