Categories: FeaturedSihat

Jangan malas asyik duduk sahaja, ketahui bahaya jika duduk terlalu lama

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menggesa rakyat duduk di rumah adalah satu langkah bijak bagi memerangi wabak COVID-19.

Bagaimanapun, duduk di rumah bukan bermaksud anda duduk bermalas-malasan menonton siri kegemaran di Netflix, bermain alat permainan elektronik atau gajet terlalu lama tanpa melakukan sebarang aktiviti dan pergerakan.

Kredit gambar: Johns Hopkins Medicine

Begitu juga bagi mereka yang bekerja dari rumah atau work from home sepanjang fasa PKP. Duduk terlalu lama menghadap komputer boleh mendatangkan risiko terhadap kesihatan.

Menurut Dr James A Levine daripada Klinik Mayo Arizona, Amerika Syarikat, manusia dilahirkan untuk sentiasa bergerak dan bukannya hanya duduk saja. Selain meningkatkan risiko kanser, duduk terlalu lama boleh menyebabkan fungsi dalaman tubuh semakin lemah (tidak aktif), sekali gus mempercepatkan kematian.

Berikut adalah antara risiko lain akibat duduk terlalu lama.

1. Kemampuan otak menurun

Kredit gambar: Women Fitness Magazine

Duduk terlalu lama menghadap komputer boleh menyebabkan otak letih dan berfungsi dengan perlahan. Otak tidak mendapat sumber darah dan oksigen yang segar ketika duduk sekali gus membuatkan seseorang itu hilang tumpuan serta mengantuk.

2. Komplikasi jantung dan pankreas

Hasil kajian daripada Journal of The American College of Cardiology terhadap beberapa wanita mendapati mereka yang duduk secara purata 10 jam sehari memiliki risiko penyakit jantung lebih tinggi berbanding yang duduk selama lima jam atau kurang.

Hal ini disebabkan duduk terlalu lama menyebabkan aliran dalam pembuluh darah perlahan sehingga lemak tubuh kurang terbakar dan menyebabkan jantung tersumbat.

Mereka yang duduk lebih lama juga memiliki risiko menghidap diabetes kerana pankreas memnghasilkan insulin dalam jumlah berlebihan.

3. Masalah penghadaman

Duduk terlalu lama sejurus selepas makan boleh memberi tekanan pada abdomen sehingga melambatkan proses pencernaan. Ia akan menyebabkan masalah sembelit, pedih ulu hati, buncit dan kembung perut.

4. Masalah postur badan

Kredit gambar: The Physio Company

Menurut data daripada American Chiropatic Association (ACA), sebanyak 31 juta rakyat Amerika mengalami sakit pinggul kerana duduk terlalu lama saat bekerja. Duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan sakit pada bahagian leher, bahu, belakang dan pinggang. Pergelangan kaki juga boleh bengkak kerana pengaliran darah yang tidak lancar pada bahagian kaki.

Oleh itu, elakkan duduk terlalu lama dan cuba lakukan pergerakan seperti bangun dan berjalan setiap setengah jam sekali. Semoga bermanfaat!

Sumber: Fitness Mercola & Dunia Karyawan

Ad Ops