Puteri Aishah Didakwa Popular Kerana Kisah Peribadi?

Finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini nyata menolak dakwaan yang kononnya, dirinya berada dikedudukan sekarang kerana kisah peribadi. Namun, dakwaan tersebut ditolak sama sekali apabila beliau menyatakan bahawa, beliau dikenali disebabkan watak yang dibawanya dalam filem mahupun drama lakonannya. 

“Saya tak rasa orang kenal saya sebab kisah peribadi. Biasanya kalau keluar dan terjumpa peminat, mereka selalunya kana memanggil saya dengan nama watak yang saya lakonkan. Jadi, ia membuktikan rata-rata peminat mahupun orangdiluar sana mengenali saya disebabkan lakonan saya.” Katanya

Betulkah bercinta dengan SM Faisal SM Nasimuddin?

Apabila ditanya mengenai status hubungan beliau dengan usahawan Malaysia itu, Puteri Aishah sama sekali menjelaskan bahawa dia mash tidak mempunyai teman istimewa buat masa sekarang. Namun, pelakon filem Pulang ini tidak menolak dakwaan bahawa dia selesa berkawan dengan SM Faisal dan sesiapa sahaja. 

Terbaru, Puteri Aishah telah dilantik sebagai Duta Kempen Syukur Selalu, Terima Kasih anjuran Media Prima Berhad.

Menurutnya, pemilihannya sebagai duta kempen tersebut adalah untuk mempromosikan filem terbaharu lakonannya bersama aktor, Remy Ishak dalam Pulang yang bakal ditayangkan pada buan Julai nanti.

Salma Syahbuddin