Kilafairy Dikecam Kerana Berpakaian Ketat, Nak Tayang Apa Tu?

Bulan ramadan merupakan bulan yang mulia bagi umat islam khasnya, namun beberapa artis dilihat turut menjadi kritikan kerana tampil dengan gaya yang agak seksi dan tingkah laku yang agak keterlaluan.

Bagi pelakon dan penyanyi, Kilafairy beliau dikritik kerana tampil dengan imej yang agak seksi sehingga menonjolkan bentuk buah dadanya menerusi gambar yang dimuat naik melalui laman instagram penyanyi itu.

Bukan itu sahaja, rata-rata peminat dan netizen terkejut dengan muat naik tersebut kerana, bagi mereka penyanyi yang popular dengan single terbarunya Put The Word In ini dianggap sebagai tidak menghormati bulan ramadan sehingga mengundang komen lucah di ruangan instagram miliknya.

Gambar tersebut seterusnya menimbulkan perbalahan apabila Kilafairy dilihat turut membalas komen netizen dalam bentuk sindiran.

 

Apapun, diharap Kilafairy mengambil iktibar daripada isu ini okay! Al-maklumlah, bulan ramadan kan bulan yang mulia. So, ramailah peminat dan netizen yang akan sensitif terhadap isu-isu sebegini. Betul Tak?

Salma Syahbuddin