Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 21, 2022 @ 9:16pm

Puteri Sarah Didakwa Tolak Perceraian Akibat ‘Kekayaan’ Syamsul, Pengurus Tampil Bersuara – “Dia Tak Heran Pun, Kedudukan Sekarang Hasil.…”

Konflik rumah tangga yang melanda aktres jelita, Puteri Sarah Liyana bersama pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof masih belum menemui jalan penyelesaian.

Baru-baru ini, Puteri Sarah difitnah segelintir netizen yang mendakwa dirinya enggan memfailkan cerai kerana mempunyai seorang suami yang boleh dikatakan jutawan.

Susulan itu, pengurus kepada Puteri Sarah iaitu Emi Mat Rozekhi tampil bersuara dengan membalas komen netizen yang sengaja mereka cerita.

“Saya yang duk kira duit dia. Saya tau la dia tak heran (kisah) pun title ‘kaya’ tu. Tetapi dia bekerja sangat keras untuk berada di tempat dia sekarang.

“Tahap kerajinan dia boleh kalah orang lain. Mak tabik yang tu sangat-sangat. Jadi yang tak tau, jangan main redah tulis sampai makan diri,” tulisnya.

Tidak habis disitu, pengurus Puteri Sarah turut meninggalkan pesanan kepada netizen tersebut untuk menjaga kata-kata dan elak menjadi batu api.

“Bukan nak jadi batu api tapi nak pesan, dalam apa jua keadaan,jaga jari. Jangan tulis sampai lupa diri. Baca dan reserve your comments sebab bukan kita yang hadap.

“Damage had been done. Moga pihak sana jadikan pelajaran,” katanya lagi yang memuat naik hantaran tersebut menerusi ruangan Instagram Story miliknya.

Seakan menyokong pendapat tersebut, Puteri Sarah telah berkongsi semula hantaran tersebut menerusi Instagram Story. .

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah telah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada pihak ketiga, iaitu Ira Kaza.

Terdahulu, heboh di ruangan media sosial mengenai isu rumah tangga pasangan selebriti ini didakwa telah dilanda badai akibat kemunculan ‘penyondol’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Mar 2020

Dah Muak Dengan Maklumat Palsu Para Kepoci, Dr. Amalina Buat Website Baru Untuk Anda Semua

Dr. Amalina berdedikasi untuk menyampaikan maklumat sahih kepada semua melalui website terbaharunya.

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Featured Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Tue, 13 Aug 2019
Events Fri, 14 Dec 2018

40,000 Pengunjung Banjiri Festival Anggun Life

Siapa yang pergi Anggun Life boleh guna #AnggunLife di sosial media korang okay!

Trending Sat, 24 Mar 2018

Misteri Hilang Semalaman Terjawab!

Menurut ibu mangsa, Noorliah Kasbulah, 48, dia dimaklumkan oleh rakan anaknya yang menemui kereta milik Muhammad Hafiz berhampiran restoran di Bandar Baru Klang kira-kira 2 petang, semalam.

Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Tue, 24 Mar 2020

Susulan Arahan PKP, Kadar Tontonan Berita Televisyen Dan Digital Media Prima Catat Lonjakan Mendadak!

Sentiasa setia bersama rangkaian televisyen dan digital kami untuk segala maklumat yang berkualiti dan pantas.

error: Content is protected !!