“Putih & Idaman Para Gadis, Please Drop Your Armpit Routine!” – Amelia Henderson Dedah Terima Komen Pelik Mengenai Ketiak

Baru-baru ini, pelakon jelita, Amelia Henderson mendedahkan dirinya sering menerima komen pelik di mana rata-rata daripada pengikutnya memberikan komen menjurus kepada fizikal badan tertentunya saja.

Aktres Kisah Cinta Kita itu memuat naik beberapa tangkapan layar di ruangan media sosial Twitter miliknya pada Selasa lalu.

Menerusi ciapan tersebut, ramai dalam kalangan netizen menumpukan perhatian pada ketiak Amelia yang dikatakan nampak sangat putih dan merupakan idaman para gadis.

Sementara itu, menerusi ciapan yang lain Amelia mempersoalkan bagaimana isu fizikal badan dititikberatkan oleh segelintir netizen pada masa kini.

“I mean. Armpitss?? Really?? How did society convince us that we should be concerned about the latest significant body part of all time?,” tulisnya.

Melihat kepada reaksi ciapan tersebut, rata-rata netizen yang kebanyakannya adalah wanita tidak menafikan mereka akan tertumpu pada ketiak Amelia setiap kali dia memuat naik sebarang foto atau video.

Mereka turut meminta tips penjagaan ketiak daripada aktres jelita itu.

Aqilah Paharuzi