Categories: HiburanSelebriti

Raja Ilya Terkejut Dilamar Kenalan Lama

Jarang sekali berkongsi kisah peribadi, pelakon Raja Ilya akhirnya mengaku dilamar kenalan lama, baru-baru ini.

Akui pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini, dia bakal berkahwin pada November tahun depan.

Memberitahu sudah mengenai si dia sejak tahun 2012, Raja Ilya pada mulanya terkejut dengan lamaran lelaki berkenaan.

“ Lamaran itu disertakan dengan  puisi nukilan ketika si dia berkunjung ke Kuala Lumpur, tiga bulan lalu.

“ Saya terkejut, tanpa sebarang petanda si dia meluahkan perasaan hati mahu menjadikan saya sebagai isterinya.

“Sudah tentu saya bersetuju kerana dapat berasakan keikhlasannya sepanjang persahabatan kami,” katanya kepada BH Online.

Raja Ilya yang merupakan pemilik bisnes Richiamo Coffee ini juga memberitahu bakal suami sudah 15 tahun bersendirian tanpa kekasih. Namun hatinya tergerak untuk berkahwin selepas menemuinya.

“ Bakal suami menetap di Melbourne dan berusia 37 tahun. Setakat ini kami merancang untuk mengadakan majlis pernikahan di ibu kota manakala resepsi di Melbourne atau Perth,” akhiri pelakon Cinta Masam Manis ini. 

Untuk Raja Ilya, kami doakan segala perancangan berjalan lancar dan semoga urusan perkahwinan dipermudahkan olehNya. Insya Allah…

 

SGMS Faida