Rakan Dedah Accapan Sangat Merendah Diri Dan Tidak Berkira

Pernah berlakon bersama dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang tu, pelakon Angeline Tan menyifatkan Accapan seorang rakan kerja yang baik.

Bekerjasama dalam sitkom yang bermula pada tahun 1985, Angeline memberitahu mendiang seorang yang gemar berkongsi ilmu ketika bekerja.

“ Saya terkejut dengan pemergiannya. Beliau seorang yang tidak berkira dan sangat merendah diri.

“ Dia bukan saja boleh berlawak malah boleh menari. Memang serba boleh,” kata aktres yang terkenal dengan watak Lucy dalam sitkom tersebut.

Pelakon Accapan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira pukul 2.43 pagi di Taman Puchong Utama.

Mendiang Accapan adalah pelawak berbangsa India yang sangat dikenali dalam industri hiburan tempatan sejak era 1970-an.

SGMS Faida