Hiburan By: Padin March 23, 2022 @ 5:11am

Rapper Manis Bertudung! Juki Kini Tampil Dengan Pacu

Dunia hiburan hip hop tempatan kini dimeriahkan dengan seorang lagi gadis manis bertudung yang bernama Juki.

Penyanyi rap wanita yang teguh menjiwai seni muzik hip hop ini merupakan pemenang pertandingan rap Playaz Rap Challenge 2020 dan pernah muncul dalam lagu Dua Puluh bersama bintang-bintang hip hop lain seperti Benzooloo, Siqma, Yonnyboii, Ical Mosh, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Juki juga sempat membuat kemunculan Februari lalu dan mendapat sambutan meriah di Mini Showcase kumpulan nyanyian wanita yang sedang popular, DOLLA.

Kini setelah bersedia, Juki tampil dengan karya sulungnya berjudul Pacu. Disusun, diterbit dan digubah oleh Mingaling, lagu ini juga mendapat sentuhan lirik Amir Hasan bersama Juki sendiri.

“Lagu ini ada bayangan saya di dalamnya. Ia mengisahkan pencapaian matlamat dan motivasi diri. Saya ingin kongsikan pendapat saya ini dengan semua yang mendengar.

Saya berikan segala-galanya untuk Pacu. Saya harap semua akan memahami pesanan yang cuba saya luahkan dalam lagu ini. Saya mahu semua orang sedar bahawa jika mereka jatuh mereka hanya perlu bangkit semula,” jelas Juki.

Pacu yang telah menjalani proses rakaman tahun lalu mengambil masa sehari untuk diselesaikan.

“Kami mengambil masa sehari untuk menguruskan semuanya, termasuk pemilihan lirik dan cubaan untuk memasukkan irama berkaitan dan melihat hasilnya. Rakaman dilakukan pada hari kedua kerana saya mempunyai sedikit kesukaran untuk menulis korus dan pre-hook lagu tika itu. Setelah siap dengan verse, Amir telah menyiapkan bahagian yang tinggal untuk Pacu. Akhirnya, semuanya berbaloi,” tambahnya lagi.

Lagu ini turut menampilkan sebuah muzik video hebat yang mengambil masa 12 jam untuk dirakam.

“Kami memulakan rakaman pada jam 11 pagi dan selesai sekitar jam 10 hingga 11 malam pada hari yang sama. Saya terpaksa ganti pakaian dan solekan beberapa kali pada hari itu, memang memenatkan. Itulah kali pertama saya lihat orang bekerja di belakang tabir. Dan kini saya mengerti kerja keras di balik semua itu,” ujar Juki lagi.

Juki berharap karya sulungnya ini akan dihargai oleh semua yang mendengarnya.

“Banyak usaha di balik projek ini dan saya harap motivasi serta cinta yang saya kongsikan akan dapat dirasai oleh semua yang mendengarnya,” kata Juki menutup bicara dengan gembira.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Apr 2019
Trending Thu, 5 Sep 2019

‘Disambut’ Dengan Balingan Objek Pada Penyokong Harimau Malaya

Risaunya sebab tujuan untuk bermain bola sepak tetapi jadi huru-hara pula

Kisah Viral Thu, 9 May 2024

Bapa Faisal Halim Reda, Yakin Anak Tak Ada Musuh – “Semoga Si Pelaku Dapat Hidayah”

Walaupun anak disimbah asid, tapi bapa Faisal Halim sempat titipkan doa untuk si pelaku 😭

Featured Tue, 28 Mar 2023

[VIDEO] Aedy Ashraf Kata Amelia Henderson Garang, Ini Reaksi Tuan Badan

Malu malu nampakk Aedy ni bila sebut pasal Amelia hehehe🤩😌

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

LEAD SINGER OF THE CRANBERRIES, DOLORES O’RIORDAN SUDDENLY PASSES AWAY

Yet another fallen angel. May she rest in peace.

Hiburan Sun, 17 Apr 2022

Pernah Bekerjasama Dengan Maher Zain, Syed Salahuddin Muncul Dengan Iktiraf

Jejaka kacukan Arab & Melayu itu kini muncul dengan single Iktiraf.

Hiburan Sun, 18 Mar 2018

Super Junior’s Kyuhyun Slaps TVXQ’s Changmin While He Was Asleep!

Best friends tend to do silly things together.