“Rasa Nak Hempuk Je!” – Ramai Tak Sangka Fattah Amin Jahat Macam Ni, Alvin Chong Sampai Nak Pijak Muka! Semuanya Gara-Gara….

Drama rantaian Khilaf Asmara yang bersiaran di TV3 menerusi slot Samarinda semakin mendapat tempat di hati peminat dan terus mengundang rasa geram penonton setianya.

Kali ini, watak yang dibawa oleh Fattah Amin sebagai Luqman, seorang suami yang curang mengundang cemuhan warganet sehinggakan pelakon Alvin Chong berseloroh ingin ‘memijak’ muka Luqman.

“Nak pijak muka kau boleh tak?” komen Alvin.

Komen ringkas yang menerima hampir 400 ‘likes’ itu turut mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang sememangnya tidak puas hati dengan watak Luqman.

Dalam pada itu, ada juga yang memuji kelainan yang ditonjolkan oleh Fattah menerusi drama ini.

Pelakon yang dulu terkenal dengan watak lelaki idaman wanita itu, kini dikecam hebat dengan watak antagonisnya yang dibawakan dalam Khilaf Asmara.

“Evil giler Luqman ni! Goosebumps okay tengok! Superb acting performance Bam Tah!” puji sorang peminatnya.

“Memang jahat ya mat.. Sesuai sangat dengan Hanim tu.. Kesian Irma lurus sangat pecayakan lakinya… Tapi malam ni lakonan Fattah lagi mantap,” komen seorang netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa Watak Suami Curang, Fattah Amin Bermain Dengan Emosi Dalam Khilaf Asmara 

Selain Fattah, Khilaf Asmara yang diarahkan oleh Uchee Fukada turut dijayakan oleh Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Fahrin Ahmad dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Khilaf Asmara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Fatin Nurain