“Rasa Nak Muntah, Ada Masalah Hati…” – Stacy Tegur Individu Dalam Industri Tak Matang… Siapa Tu?

Penyanyi Stacy Anam tampil menegur seorang individu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Meskipun tidak menyebut nama, pelantun Pelangi Senja itu memberi bayangan individu berkenaan telah lama berkecimpung dalam industri nyanyian serta sangat profesional.

Isteri kepada penyanyi Akim Ahmad itu seakan meluahkan perasannya terhadap individu tersebut kerana tidak mahir dalam mengawal masalah hati, terutamanya semasa bekerja.

“Sampai sekarang masih rasa nak muntah teringat perangai dan kata-kata tidak profesional dari seorang yang lebih tua di mana sepatutnya beliau lebih matang dalam mengeluarkan kata yang membina daripada sebaliknya dan lebih profesional mengawal masalah hati ketika bekerja,” tulisnya.

Mengulas lebih lanjut, Stacy memaklumkan dia kerap berdepan konflik dengan individu tersebut serta mendedahkan akan turut mencari jalan untuk cuba menjatuhkan orang lain.

“Kalau ada masalah dalaman dia memang tidak akan berhenti berusaha mencari cara untuk menjatuhkan. Sampai bertahun pun tak move on. Bukan sekali terjadi. Tidak mengapa teruskan sahaja kalau itu yang menyenangkan hati,” katanya.

Sementara itu, Stacy turut mempersoalkan bagaimana dia mahu menghormati individu itu kerana dia tidak menjelaskan masalah sebenar konflik antara mereka.

“Kami sentiasa senyum menerima. Kita kan orang Islam katanya.

“Tapi pelik juga bila pernah dulu saya hulurkan tangan untuk salam sesama muhrim yang cukup lama sudah saya kenal ditolak dan dia sindirkan ‘kakak kau baru ambil wudhu’.

“Macam mana saya nak letak respect pada beliau ni? Kenapa tak nak explain masalah apa yang pernah terjadi sampai tak suka sangat ni?

“Sedih kan story ni. Bila mau setel ni? Biar jak la bah kan?” katanya.

Aqilah Paharuzi