Sering Dikritik Kerana Bertudung Labuh, Mia Ahmad Terus Cekal Istiqomah – “I Dress For Allah”

Pelakon Mia Ahmad tetap cekal istiqomah bertudung labuh biarpun sering menerima pelbagai kutukan dan kritikan berkenaan penampilan terkininya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mia menegaskan bahawa dirinya nekad untuk mengubah penampilannya demi memenuhi tuntutan Sang Pencipta.

“Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden….Sorry, I dress for Allah…,” tulisnya.

Menurut Mia, ada segelintir pihak yang mendakwa dirinya tidak akan istiqomah dan mendapat sokongan daripada suaminya yang merupakan pemain bola sepak negara, Izham Tarmizi.

Namun, tohmahan itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang ke jalan yang benar.

“Ada yang cakap I takkan istiqomah.. ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah.

“I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik,” katanya.

Menerusi perkongsian itu juga, Mia turut menzahirkan rasa syukurnya apabila dia menyedari kini lebih banyak kebaikan yang diterimanya selepas nekad untuk mengubah penampilannya.

Malah, pelakon itu juga turut menitipkan doa kepada kaum wanita yang lain agar mendapat hidayah yang berpanjangan.

“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua.

“Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra,” katanya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyokong kenyataan pelakon itu dan memuji kecantikannya bertudung labuh.

Fatin Nurain