Categories: Trending

Enggan Ulas Kenyataan Nazrey Johani, Raihan Dah Move On

Anggota kumpulan Raihan Che Amran Idris enggan memberi ulasan berkaitan kenyataan bekas anggotanya, Nazrey Johani untuk tidak mengeruhkan keadaan

Menurut Che Amran, dia tidak mahu perkara ini disensasikan oleh mana-mana pihak, malah kumpulan nasyid itu juga telah melupakan perkara yang berlaku.

“Kami enggan ulas kenyataan yang dikeluarkan oleh dia (Nazrey Johani). Kalau diikutkan kami dah ‘move on’ dan enggan kenang kisah lama. Kami lebih fokus pada Konsert Garis Masa Raihan November ini.

“Minta maaf sangat. Cukup-cukuplah perkara ini diperkatakan. Benda pun dah lama berlaku,” katanya.

Sebelum ini, Nazrey telah mendedahkan perasaannya tidak pernah merasa tenang semasa bersama Raihan kerana menjadi tumpuan ramai setiap masa dan tidak pernah mengejar populariti.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Saya Tak Suka Populariti” – Ustaz Nazrey Dedah Punca Keluar Kumpulan Raihan

Memetik laporan Harian Metro, Che Amran juga memohon agar peminat nasyid mengetepikan isu yang berlaku dan memberi sokongan terhadap Konsert Garis Masa Raihan yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, pada 26 November ini.

“Raihan kini sudah melewati 26 tahun pembabitan dalam industri muzik tanah air dan inilah yang sepatutnya diberikan tumpuan.

“Setakat ini sambutan terhadap penjualan tiket boleh dikatakan menggalakkan. Kami percaya jualan tiket akan bertambah menjelang hari persembahan nanti.

“Kami juga mensasarkan 7,000 penonton akan hadir nanti,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain