“Rasa Sayang Makin Bertambah-Tambah…” – Farid Kamil Masih Berharap Dapat Baiki Hubungan

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam untuk prosiding Sulh kali kedua, petang ini.

Menurutnya, dia masih berharap untuk memperbaiki hubungannya bersama isteri, Diana Danielle dan rasa sayang masih sama seperti dulu.

Malah, dia juga berharap dapat membesarkan anak-anak seperti biasa.

“Harapan saya masih seperti dulu. Rasa saya masih bertambah-tambah.

“Saya harap hari ni dapatlah kiranya saya berjumpa dengan isteri saya dan mencari kata putus supaya kita dapat membesarkan anak anak seperti kanak kanak normal.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Maya Basir