[VIDEO] Shila Amzah Nafi Putus Cinta Bersama Ubai – “Kami Okay, Cuma Saya Saja..”

Penyanyi, Shila Amzah menafikan hubungan cinta bersama personaliti media sosial Ubai, telah terlerai.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah tampil menjelaskan perkara tersebut menerusi siaran langsung di Instagram sebentar tadi.

Menurut pelantun lagu Patah Seribu itu, dia dan kekasihnya dalam keadaan baik namun mengakui keadaan dirinya tidak berapa stabil dan sedikit terganggu bukan kerana Ubai.

“Kesimpulannya kami okey cuma saya sahaja yang tidak berada dalam keadaan baik.

“Kalau kami putus, kenapa saya memuat naik gambar bersama dia (Ubai). Kesian dekat dia tapi saya tak maksudkan macam tu pun.

“Cuma saya ingin jelaskan bahawa keadaan saya tidak baik bukan disebabkan Ubai. Ada masa memang saya tidak okey dan ingin menjadi diri sendiri 100 peratus,” jelasnya.

Dalam siaran langsung sama, ibu anak satu ini berkata tujuan sebenar hantaran tersebut adalah untuk menghargai kekasih hatinya itu yang telah menyulam cinta selama lima bulan.

Pelantun lagu Masih Aku Cinta itu bagaimanapun mengakui kecewa atas pemikiran segelintir pihak yang menganggap perkongsiannya itu berbaur putus cinta.

“Bagi saya orang sekarang ramai yang tidak sensitif. Semua orang ada jatuh bangun. Hantaran saya semalam lebih kepada menghargai Ubai. 95 peratus orang tidak memahami mengenai status tersebut.

“Ramai menjangka kami putus dan putar belit apa yang sebenarnya saya ingin sampaikan. Pemikiran manusia berbeza, saya faham.

“Saya bukan mahu mengundang negatif cuma perkara ini bergantung kepada cara pemikiran seseorang.

“Kalau otak negatif maka perkara positif pun akan dilihat ke arah keburukan. At the end of the day, kami hanya manusia biasa juga,” tambahnya lagi.

@xtra_my

Replying to @SofeaHajarr Segala spekulasi telahpun terlerai. Doakan yang baik baik buat pasangan kekasih, Shila & Ubai ok! ❤️❤️ #fyp #xtramy #shilaamzah #ubaimz #nafi #putus #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Di kesempatan itu, Shila berkata ibu kekasihnya itu langsung tidak terasa hati dan memandang perkara tersebut dari sudut yang positf.

“Saya ada jumpa mak Ubai.. Dia sangat tenang dan percayakan anak-anaknya. Saya tak perlu nak menjelaskan apa-apa langsung,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, hangat di media sosial mengenai hubungan cinta Shila dan Ubai yang didakwa telah terlerai dek kerana sebuah foto beserta kapsyen memberi bayangan mereka seakan telah berpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Beri ‘Hint’, Hubungan Dengan Ubai MZ Terlerai? -“Terima Kasih Untuk 5 Bulan Yang Begitu Indah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Akan Sentiasa Sayang Awak… Terima Kasih! “- Ubai MZ Tuju Pesanan Buat Shila Amzah?

Aqilah Paharuzi