“Saya Baru Jumpa Aurora…” – Akur Perintah Mahkamah, Farid Kamil Diarah Hantar Surat 5 Hari Sebelum Jumpa Anak

Selepas selesai prosiding sulh kedua, pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle masih belum capai kata putus.

Susulan itu, Farid memaklumkan bahawa terdapat pembaharuan untuk berjumpa dengan anak-anak.

“Ada pembaharuan. Saya disuruh hantar surat lima hari sebelum berjumpa anak-anak,” ujarnya.

Akur dengan pembaharuan tersebut, Farid akui selesa dengan arahan mahkamah.

“Itu adalah perintah mahkamah jadi saya harus mengikut dan saya selesa,” katanya.

Kongsi Farid, setakat ini dia dapat berjumpa dengan anak perempuannya, Aurora yang didakwa mengalami trauma sebelum ini.

“Saya dapat jumpa Aurora baru dua kali dalam empat hari dan Muhamad dah empat kali.

“Insya-Allah teruskan berdoa untuk kebahagian keluarga saya,” tutur Farid.

Walaubagaimanapun, Diana Danielle sebagai plaintif enggan mengulas lanjut mengenai prosiding hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa Sayang Makin Bertambah-Tambah…” – Farid Kamil Masih Berharap Dapat Baiki Hubungan

Atiqah Johari