[VIDEO] Ditanya Nak Madu Ke Tak, Respons Syatilla Melvin Buat Ramai Terkejut! -“Ini Baru Betul Biniku Gangster!”

Terkenal dengan keletah dan gelak ketawa bersama adik-beradiknya, pelakon dan usahawan Syatilla Melvin sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminatnya di TikTok.

Menerusi perkongsian peminat di platform berkenaan, Syatilla telah dimaklumkan oleh kakaknya, Syafiqa bahawa ada peminat yang meninggalkan komen dengan bertanyakan adakah isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu mahu madu.

Mendengar kepada soalan yang ditujukan, Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla melenting dan memberi amaran kepada penonton sesi ‘live’ tersebut sebelum bertanyakan solan itu kepada suaminya.

“Hei, alah-alah eh! Sayang… mereka tanya saya, nak madu ke tak?,” katanya.

Namun, Shaheizy hanya meminta Tilla untuk menjawab soalan berkenaan.

“Haaa… jawablah!” balasnya.

Tidak habis disitu, Tilla sempat memberi amaran kepada pengikutnya supaya berani berjumpanya secara dua mata dan bertanyakan soalan yang sama dan bukannya tanya soalan tersebut menerusi sesi ‘live’.

“Jumpa depan-depan eh dan tanya soalan sama, jangan tanya dekat sini!,” jelasnya.

Bagaimanapun, Syafiqa mencelah dengan mengatakan mungkin soalan tersebut bukanlah madu (pihak ketiga) tetapi madu yang dimaksudkan adalah madu kelulut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa terkejut dan terhibur selepas mendengar komen balas pelakon itu.

Bahkan, ada yang menyifatkan mendenagr suara Tilla sahaja cukup membuatkan mereka takut.

“Sam risau kena smackdown je tu.

“Haha! Ini kalau lah ada minta jauhkan lah sebab ini baru the real bini-biniku gangster!

“Dengar dia cakap Hei pun dah takut, apatah lagi nak bermadu?

“Memang cari pasal siapa yang jadi madu Tilla, bernanah telinga dengar dia berletiaq.

“Tengok live ni, teringat cerita Bini-Biniku Gangster.

“Penyondol pun lari bila dengar The  Melvins buka suara,” komen netizen.

Salma Syahbuddin