Raya Dah Dekat, Mana Duit Persiapan Anak?

Bukan sekali tetapi berkali-kali sudah nampaknya pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein meluahkan kekecewaan terhadap bekas suaminya, Azmi Hatta.

Terbaharu, Elly telah memuat naik status soalan yang ditujukan buat Azmi tentang duit persiapan raya yang bakal tiba tak lama lagi.

“ Azmi Hata, dekat nak raya ni. Duit persiapan raya anakmu mana? Duit nafkah pun tak bagi.

“ Takkan persiapan raya pun tak nak bagi,” kata Elly.

Tambah Elly, bekas suaminya itu dikatakan membuka sebuah syarikat produksi sendiri tetapi tanggungjawab pada anak pula diabaikan .

“ Sempit rezeki kalau berkira dengan darah daging sendiri,” katanya.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

“ Jumpa anak tak nak, bila raya nak menyibuk bergambar bagai kau jaga. Duit nafkah anak adalah RM 1500 BUKAN RM 500,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah agar Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober 2016.

Elly mendakwa sehingga kini Azmi kononnya masih tidak menjalankan tanggujawab membayar nafkah anak mereka iaitu Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

 

SGMS Faida