Categories: Eat Travel

Nikmati Saat-Saat Akhir Bulan Ramadan Dengan Kelazatan Minuman Dragon Mix Fruit Ini

Berbaki 4 hari sahaja lagi kita berpuasa, jadi apa kata anda nikmati saat-saat akhir bulan Ramadan ini dengan membuat air Dragon Mix Fruit yang super sedap ini?

Penulis yakin, sekali anda minum, pasti anda akan tambah berkali-kali. Tak percaya? Jom kita cuba buat!

Bahan-bahan yang diperlukan:

Tembikai, dipotong dadu

Buah naga, dipotong dadu

Mangga, dipotong dadu

Longan

1 Tin susu cair

2 Sudu besar susu pekat manis

Ais dalam bentuk kiub

Cara-caranya:

1. Masukkan semua tembikai, buah naga, mangga dan longan ke dalam mangkuk. 

2. Masukkan susu cair dan susu pekat manis ke dalam mangkuk tersebut. Kacau sehingga sebati. Siap!

3. Sediakan cawan yang berisi ais dan tuangkan air Dragon Mix Fruit ke dalamnya.

4. Sedia untuk dihidangkan.

Anda boleh saksikan video ini untuk rujukan yang lebih jelas lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

tex_admin