Categories: Gaya Hidup

Guna Serbuk Pengeras Minyak Ini Untuk Mudahkan Anda Buang Minyak Masak

Biasanya bagaimana anda membuang minyak masak yang telah digunakan, ya? Penulis rasa mesti ada dalam kalangan kita yang membuangkannya terus ke dalam sinki.

Yelah, sinki kan tempat paling senang nak buang cecair? Tapi ini merupakan salah satu punca sinki rumah anda cepat tersumbat!

Tahukah anda, di Jepun, minyak masak yang sudah digunakan tidak boleh dibuang begitu saja. Mereka telah mencipta sebuk pengeras minyak untuk membolehkan minyak masak dibuang dalam bentuk pepejal.

Baru-baru ini, menerusi Twitter, Ridzman Mahazan telah berkongsikan cara orang Jepun membuang minyak masak. Memang mudah sangat! Turut dikongsikan juga cara untuk menggunakan serbuk tersebut. 

Jom kita tengok cara nak guna serbuk pengeras minyak ini:

1. Minyak yang telah digunakan

2. Serbuk pengeras minyak

Anda boleh beli serbuk pengeras minyak ini di Daiso berdekatan dengan kawasan rumah anda. RM 5 je!

3. Tuangkan serbuk ke dalam minyak masak

Bila anda dah tuang serbuk tersebut, biarkan beberapa minit untuk minyak masak itu bertukar menjadi pepejal.

4. Potong dan boleh dibuang ke dalam tong sampah

Mudah sahaja kan? Lepas ini sinki rumah kita bebas daripada tersumbat. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Selamat mencuba!

Sumber: Twitter

tex_admin