Raysha Rizrose Terima Lamaran Ashraf Muslim ?

Raysha Rizrose bercinta dengan Ashraf Muslim?

Sebenarnya, Raysha dan Ashraf Muslim digandingkan dalam satu siri drama berjudul Dia Menantu Rahsia menerusi slot Akasia yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat menggantikan drama Pujaan Hati Kanda pada 29 Januari lalu.

Dia Menantu Rahsia mengisahkan tentang masalah percintaan yang menghantui Raysha (Melissa) sehingga nekad menerima lamaran Ashraf Muslim (Syakir) kerana mahu lari dari diganggu oleh bekas teman lelakinya, Syazuan Hassan (Zamer) yang panas baran.

Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Syakir merupakan pemilik Book Cafe tempat Melissa bekerja. Syakir telah melamar Melissa.  Melissa terkejut dengan lamaran Syakir kerana dia sendiri tidak tahu kenapa Syakir melamarnya. Syakir memberitahu Melissa bahawa dia cuma mahu melindungi Melissa. Namun, setelah apa yang telah terjadi terhadap Melissa, dia rasa terpanggil untuk melindungi Melissa dari terus menjadi mangsa kekasaran Zamer. Syakir juga tidak mahu fikirannya dibebani dengan permintaan ibunya, Puan Sarah yang inginkan dirinya menerima cinta Engku Kamelia. 

Drama yang dibintangi oleh Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama ini diarahkan oleh Pali Yahaya. 

Jadi kalau korang nak tahu adakah wujud rasa bahagia dan cinta dihati mereka? Dan, dapatkah kehadiran Melissa diterima dalam keluarga Syakir? Jangan ketinggalan untuk saksikan drama Dia Menantu Rahsia hanya di TV3, atau korang boleh saksikan di LIVE TV www.xtra.com.my

Salma Syahbuddin