Jom Throwback Senarai Juara Lagu 2010-2014!

Tinggal tiga hari saja lagi Anugerah Juara Lagu 33 bakal berlangsung. Agak-agak lagu mana yang berjaya membawa pulang trofi Juara Lagu tahun ini ya?

Sementara itu, kami himpunkan juara-juara lagu terdahulu dari tahun 2010-2014. Jom throwback balik!

Tolong Ingatkan Aku- Ana Raffali (2010)

Kemenangan lagu ini mencetuskan kontroversi apabila pernah dilabel senagai lagu ‘Sampah’. Penyanyi yang berjaya membawa trofi serta wang tunai RM 35,000 pada tahun itu tidak berkecil hati malah berjanji terus berkarya dalam industri muzik.

Awan Nano- Hafiz (2011)

Dengan hanya mengenakan tshirt biru dan tracksuit, penyanyi Hafiz berjaya membuat kejutan dengan meraih kemenangan pada malam itu. Dengan rasa, emosi dan lontaran vokal yang cukup mantap, rasanya satu Malaysia bersetuju dengan kemenangan Hafiz pada waktu itu. Malah, Hafiz juga membawa pulang trofi vokal terbaik.

Terukir Di Bintang- Yunalis Zarai (2012)

\

Biarpun persembahan pada malam itu diganti oleh penyanyi Aizat Amdan, lagu cukup berhantu ini berjaya menang besar pada tahun 2012. Yuna juga berada di Los Angeles ketika itu kerana terikat dengan komitmen penerbitan album ketika itu.

Bahagiamu Deritaku – Hafiz (2013)

Penyanyi Hafiz sekali lagi membuat kejutan dengan meraih kejuaraan buat kali kedua menerusi lagu ciptaan LY dan Baiduri. Dengan tema ‘Game On’ pada tahun itu, Hafiz berjaya menenggelamkan nama besar seperti Jaclyn Victor dan Stacy pada tahun itu.

Apa Khabar – Joe Flizzow & Sonaone (2014)

Rata-rata menjangkakan penyanyi Dayang Nurfaizah menang besar pada malam itu tetapi rapper terkenal ini membuat kejutan apabila bergelar Juara Lagu 29 dengan lagu Apa Khabar. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM 50,000 dan sebuah trofi. Kata Joe, dia tidak sangka lagu ini diangkat ke tahap ini dan hampir hilang kata sewaktu diumumkan sebagai pemenang. Cayalah!

 

SGMS Faida