Categories: HiburanSelebriti

Reaksi Remy Ishak Bila Ditanya Tarikh kahwin

Pelakon Cinta Jangan Pergi, Remy Ishak dikatakan belum membuat sebarang persiapan perkahwinan dengan tunangannya iaitu Ezza Yusof.

Jelasnya, dia juga belum mempunyai rancangan untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

“Belum ada perancangan untuk berkahwin tahun hadapan, memang setahun biasanya bertunang, tapi kalau belum cukup bersedia boleh tambah lagi masa.

“Bertunang ini adalah tempoh untuk kita mengenali satu sama lain dengan lebih dekat,”katanya.

Remy mengikat tali pertunangan pada Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman wanita itu.

Dia turut mengakui berasa kurang selesa untuk berkongsi tentang hubungan tersebut kepada umum.

“Saya tidak mahu bercerita banyak sebab kami belum lagi ke fasa seterusnya, jika tidak jadi nanti malu.

“Lagi pula tempoh pertunangan itu banyak cabarannya, namun biarlah ia menjadi rahsia kami,” tambahnya.

Dia yang berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki (Drama) Terbaik menerusi drama Pesan Dari Tuhan di Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) Jumaat lalu mengakui belum bersedia menerima watak antagonis.

SGMS Enal