Hiburan By: Dhia Iwana April 20, 2024 @ 5:31pm

‘Rebel: Berontak Untuk Berotak’ Filem Aksi Arahan Pertama Awie

Setelah bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie kini diberi peranan sebagai seorang pengarah.

Menariknya, Awie telah dipilih untuk bertindak selaku pengarah menerusi sebuah filem aksi berjudul REBEL: Berontak Untuk Berotak.

Bercerita lebih lanjut tentang permulaan beliau diberikan peluang mengarah filem, Awie memberitahu ia berlaku setelah pertemuan dengan Allahyarham Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London.

“Arwah bersama penerbit datang berjumpa saya dan kami berbincang mengenai filem Rebel, namun agak terkejut apabila mereka turut menawarkan saya mengarahkan filem ini.

“Secara jujurnya, saya anggap ini satu tanggungjawab yang besar. Apapun saya terharu dengan peluang yang diberikan dan menerimanya dengan hati terbuka,” ujar Awie.

Rebel: Berontak Untuk Berotak mengisahkan tentang perseteruan antara dua individu iaitu Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique), meskipun mereka berada dalam sebuah pertubuhan yang sama.

Jelas Awie, apa yang ingin dipaparkan olehnya adalah tentang proses ‘baik pulih’ dalam sesebuah pertubuhan yang mungkin ada berlaku sebarang kepincangan.

“Selain itu, intipati paling utama yang ingin saya paparkan adalah sikap ‘rebel’ atau memberontak yang ada dalam diri dan jiwa seorang individu.

“Dalam kehidupan ini, setiap manusia tak ingin dilahirkan nak jadi jahat. Tentu ada punca yang membuatkan individu itu ada sikap ‘rebel’ dalam dirinya, Itu yang saya ingin tonjolkan dalam filem ini,” katanya.

 

Pemilihan Ben Amir dan MK K-Clique Sebagai Watak Utama

Menariknya, filem ini menampilkan dua pelakon lelaki popular iaitu Ben Amir dan MK K-Clique selaku teraju utama selain Shiqin Kamal, Azlan Komeng dan Awie sendiri yang turut berlakon.

“Memang saya rancang untuk tampilkan pelakon seperti Ben Amir yang sebelum ini lebih dikenali dengan naskhah romantik. Jadi, saya cuba nak ubah dia untuk menjadi hero dalam filem aksi pula.

“Begitu juga dengan MK yang lebih menonjol dalam bidang nyanyian dan sudah mula aktif berlakon. Sepanjang penggambaran, saya lihat dia mempunyai kebolehan dan bakat yang besar,” jelasnya.

 

Sementara itu, Zamin Fakry Zainol selaku penerbit berkata, pemilihan Awie selaku pengarah dibuat lantaran pengalaman luas beliau dalam bidang lakonan.

Maka, pihaknya merasakan sudah tiba masanya untuk Awie diberi peluang meraih pengalaman sebagai seorang pengarah filem.

“Sudah tiba masanya penonton dapat menonton karya sulung daripada Awie, apatah lagi jalan cerita dan idea asal adalah daripada beliau sendiri,” jelas Zamin.

Pada masa sama, Zamin juga berharap agar filem Rebel ini akan mendapat tempat serta memberikan impak kepada penonton terutama sekali penggemar filem aksi.

Dihasilkan dengan kos hampir RM1 juta, filem Rebel akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 2 MEI 2024

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Dec 2019
Featured Tue, 1 Aug 2023

Sedihnya! Bell Ngasri Terkilan Trofi Utama ABPBH 35 Bengkok – “Hati Saya Remuk! Tak Tahu Pun Kena Letak Dalam Kotak”

Alahai, sedihnya sedangkan kereta calar sedih, apatah lagi trofi abpbh ni😱😱😱

Hiburan Sat, 31 Mar 2018

AMOi-AMOi台籍团员多次入境大马「被误卖淫」

大马女团「AMOi-AMOi」 成员为May吴翠媚、Stella 乐晴、ET 王依渟、洪少琦,平均年纪20岁。唯一的台籍团员依渟,多次入境马来西亚,曾因语言不通及身上马币不多,让海关人员怀疑她到大马「卖淫」

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Apa Lagi Elfira Loy Nak?

Wah, El memang cantik pun

Trending Tue, 23 Jan 2018

Benarkah Laptop Ganggu Kesuburan?

Pernahkah anda mendengar bahawa laptop mampu menganggu kesuburan seseorang? Benarkah fakta ini atau ia hanya mitos semata-mata? Terdapat segelintir berpendapat bahawa haba daripada laptop boleh menjejaskan kesuburan dengan merosakkan telur wanita dan sperma lelaki.

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Wafiy Janggal Berlakon Dengan Adik Sendiri?

Bila adik beradik kongsi set penggambaran sama, mesti lagi seronoklah kan?