Rehat Mengacara Sepanjang Ramadan, Jihan Muse Fokus Berniaga Pes

Sejak muncul di pentas Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB2019), ramai netizen memuji kulit wajah pelawak Jihan Muse semakin cantik.

Dalam masa sama, ramai juga yang bertanya sama ada Jihan bercadang menghasilkan produk kecantikan di bawah jenama sendiri seperti mana selebriti lain lakukan.

“ Saya tak berminat menjual produk kecantikan kerana saya sedar tak boleh ‘carry’ wajah untuk produk berkaitan penjagaan wajah.

“ Individu yang menjadi duta atau pengasas produk kecantikan perlu memastikan sentia kelihatan cantik dan bersiap. Saya bukan begitu orangnya. Saya jenis malas bersiap kalau bersiap pun ambil masa. Jadi saya memilik produk makanan untuk dijual pada bulan Ramadan ini,” katanya kepada XTRA.

Bakal bercuti sepanjang Ramadan, Jihan bakal memberi tumpuan dalam bidang perniagaan pelbagai rangkaian pes makanan.

“ Buat pertama kalinya, saya akan membuka booth di Select Fest di Singapura pada 17-19 Mei ini. Di sana, saya akan menjual koleksi baju raya di bawah jenama saya dengan kerjasama bersama Starvilion dan juga pes serbaguna.

“ Perniagaan ini dijalankan bersama seorang rakan saya dan kami menjenamakan semula produk ini dengan nama Kitchen Portion. Insha Allah sepanjang Ramadan ini saya akan memberi tumpuan dalam perniagaan dua produk ini sebelum kembali aktif selepas Aidilfitri,” akhiri pengacara Senang Terhibur ini.

SGMS Faida