Tindakan pelakon popular menerusi drama Pujaan Hati Kanda ini memadam kesemua gambar di laman instagram miliknya mengundang tanda tanya peminat beliau. 

Namun, tindakan peminat Remy menggunakan hashtag #allthebestRI di Twitter adalah simbol mereka meluahkan perasaan bimbang dan menunjukkan sokongan kepada artis kesayangan mereka.

Sumber : Instagram @remyishak

Dan, rata-rata peminat mahupun followers beliau meninggalkan komen berharap agar Remy Ishak berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Namun, sehingga kini pelakon Pujaan Hati Kanda ini masih tidak memuat naik sebarang aktiviti laman sosialnya.

Apapun, kita doakan yang terbaik buat Remy Ishak okay!

Salma Syahbuddin