Hiburan By: SGMS Faida March 21, 2019 @ 12:35am

Remy Ishak Putus Tunang

Dua tahun mengikat tali pertunangan, pelakon terkenal Remy Ishak mengaku hubungannya dengan Ezza Yusof rasmi berakhir sejak sebulan lalu.

Namun begitu, Remy tidak meletakkan kesalahan kepada Ezza namun menerima keputusan ini sebagai ketentuan takdir.

“Ya, kami sudah putus tunang tapi kami masih kekal berkawan. Saya rasa Ezza akan mempunyai kehidupan yang lebih baik sekiranya saya melepaskannya,” katanya enggan mengulas lanjut.

Remy ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta minuman Origina yang berlangsung di Grand Millenium, Kuala Lumpur semalam menafikan masalah wujud angkara orang ketiga.

“ Bukan sebab orang ketiga dan jangan kaitkan nama Mira Filzah dalam hal ini. Kesian dia, tak pasal-pasal namanya dikaitkan,” katanya.

Nama pelakon Mira Filzah mula dikaitkan dengan Remy sejak mereka digandingkan dalam drama rantaian popular Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan.

Namun begitu, pelakon berusia 37 tahun ini tidak menolak sekiranya dia dan Ezza kembali bersama.

“ Kami sekarang dalam tempoh bertenang dan kalau ada jodoh kami bersama semula, saya bersedia menerimanya.

“Ezza seorang gadis yang baik, walaupun dah putus tetapi hubungan kami masih baik sehingga kini,” katanya.

Remy bertunang dengan usahawan atas talian itu pada 1 Mei 2017. -KopiPlanet.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 May 2022
Featured Wed, 13 Mar 2024
Hiburan Fri, 12 Jul 2019

‘Semua Salahku’- Keluarga Jadi Punca Pelakon Baru Ini Berdepan ‘Masalah’ Disiplin?

Masalah keluarga jadi sebab pelakon baru ini dikatakan memberontak..

Featured Mon, 10 Apr 2023
Hiburan Fri, 1 Mar 2019

这个周末约定你!倪安东《Anthology Vol.I》第二波宣传

倪安东携新作《Anthology Vol.I》3月2日及3日一连两天,来马进行第二波宣传!

Featured Sun, 26 May 2024