Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi August 6, 2023 @ 10:22pm

Nonny Nadirah Kongsi Sebab 3 Tahun Menyepi – “Saya Datang Dari Keluarga Cerai-Berai, Kerja Pula Di Club”

Pelakon Nonny Nadirah tampil berkongsi punca dirinya menghilang diri seketika dari dunia hiburan selepas terpalit dengan beberapa kontroversi.

Menurut Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin dia banyak bersama keluarga dan lebih mendalami ilmu agama demi memperbaiki dirinya.

“Hampir 3 tahun saya pulang ke Sabah. Saya tak tahu gambarkan macam mana sebab dah lama sangat saya berehat. Tengah mencari diri sendiri.

“Masa saya banyak bersama keluarga. Saya banyak baca dan menulis tentang diri sendiri. Saya belajar bermuhasabah diri, kaji kesilapan dan kebaikan yang perlu perbaiki.

“Apa yang jadi sebelum ini banyak ajar saya untuk jadi lebih matang, saya nak ke hadapan sahaja,” katanya dalam sebuah temu bual bersama Hijabista.

Kongsi Nonny lagi, dia percaya kehidupan keluarganya yang bermasalah banyak mempengaruhi hidupnya sehingga diuji bertubi-tubi.

“Saya berterus-terang, sebelum ini saya tak bertudung, tak solat, tak buka Al-Quran, tak pernah tahu apa itu agama. Saya jujur dengan diri saya, saya hijrah ke Kuala Lumpur dengan tiada ilmu.

“Banyak ujian dan dugaan yang saya lalui, sebab saya tiada ilmu. Tapi saya tak salahkan orang sekeliling.

“Saya tiada asas agama yang baik, sebab itu saya cari sekeliling yang baik, walaupun latar belakang saya bukan lah yang baik, datang dari keluarga cerai-berai, hidup asing dengan keluarga, kerja pula di ‘club’.

‘”Sebenarnya agama itu penting…yang akan membuatkan diri kita berada di landasan betul, Insya-Allah akan bantu kita. Apa yang beri saya kekuatan adalah dengan jaga solat,” kongsinya.

Tidak lagi memandang ke belakang, Nonny enggan mengenang kembali episod sukar yang dilaluinya. Malah mengakui ada yang perlu ‘dikorbankan’ dalam membuat penghijrahan.

“Tak kisahlah apa yang orang cakap tentang saya sebelum ini, saya tak mahu fikir lagi, apa yang saya belajar bila dapat kawan yang baik, Allah pelihara saya dan saya jumpa jalanNya.

“Ketika itu, orang tak tahu apa yang saya hadap, saya ada masalah dengan diri saya ketika itu. Dalam penghijrahan akan ada ujian yang menguji kemampuan kita.

“Penghijrahan itu sangat besar, kena ada pengorbanan. Orang boleh sahaja cakap tapi belum laluinya.

“Saya tengah rancang untuk kembali ke dunia seni kalau masih diberi peluang tapi mungkin mengikut kesesuaian,” ujarnya.

Sekitar 2021, Nonny pernah mengejutkan ramai apabila tampil dengan penampilan yang seolah memberi bayangan sudah tidak berhijab di laman sosial sehingga menimbul tanda tanya.

Terdahulu, Nonny mula bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Januari 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 Tahun Menghilang, Mila Jirin Kongsi Momen Bertemu Nonny Nadirah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Sep 2023
Trending Thu, 10 Dec 2020
Hiburan Mon, 7 May 2018

黎明姨安祥离世 享年90岁

90岁大马国宝级艺人拿督黎明,早前送入加护病房,日前才传出她精神良好及病情好转,然而却在周日(6日)早上11时许离世。

Trending Tue, 16 Apr 2019

Tanda Dunia Akhir Zaman, Masjid Al Ahmar Dijadikan Kelab Malam

Tanda dunia akhir zaman, masjid dijadikan kelab!

Events Sat, 12 Oct 2019

Selamat Bertunang, Zara Zya Dan Hafreez Adam Bakal Nikah Oktober 2020

Wah, kita doakan yang baik-baik buat pasangan dua sejoli ini okay!

Hiburan Wed, 16 Oct 2024

Usaha Farid Kamil Pertahankan Rumah Tangga Wajar Dicontohi Para Suami? Tuan Badan Respons – “Kembali Kepada Agama Saja”

Usaha Farid Kamil nak selamatkan rumah tangga dengan Diana Danielle memang patut dipuji kan 🫡

Featured Fri, 12 May 2023
Trending Fri, 26 Jul 2024

Lebih jimat, lebih tahan lasak- HONOR 200 Lite Menjadi Pilihan Pengguna!

Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite yang dilancarkan tahun lepas diterima baik oleh rakyat Malaysia tau. Ini kerana telefon ini bukan sahaja mampu milik tapi prestasi telefon tersebut  juga memberangsangkan. Siri HONOR N ni memang […]

error: Content is protected !!