Euforia Bola 2026
Trending By: Azyan July 26, 2024 @ 4:28pm

Lebih jimat, lebih tahan lasak- HONOR 200 Lite Menjadi Pilihan Pengguna!

Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite yang dilancarkan tahun lepas diterima baik oleh rakyat Malaysia tau. Ini kerana telefon ini bukan sahaja mampu milik tapi prestasi telefon tersebut  juga memberangsangkan.

Siri HONOR N ni memang direka berobjektifkan untuk menjadi telefon pintar paling popular di Malaysia! HONOR 200 pro dan HONOR 200 yang baru je dilancarkan tahun lepas pun dah menjadi rebutan ramai tau.

Kalau tahun lepas HONOR ada keluarkan pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite, sekarang ni pakej tu dah sampai ke penghujungnya dan digantikan dengan HONOR 200 Lite!

Paling best, HONOR 200 Lite ni datang dengan upgrade berganda!

Lebih storan, lebih lasak-HONOR 200 lite ni didatangkan dengan ciri-ciri yang lebih advance!

Tak payah risau lah nak amik gambar banyak-banyak sebab HONOR 200 lite ni dilengkapi dengan storan sebesar 512GB! Memang sesuai la untuk yang suka sangat tangkap gambar tu.

Paparannya juga lebih kukuh sebab ia mengunakan Kaca Ultra Kukuh Diperkuatkan yang disertakan dengan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari percuma.

Jadi, kalau telefon ni jatuh dari ketinggian sehingga 1.65 meter pun, ia tetap kukuh!

Sudah lah kukuh, ada warranty setahun pulak tu! Patut la menjadi kegilaan ramai.

HONOR 200 Lite ni juga lebih jimat!

Kenapa lebih jimat?  Sebab HONOR ada berkolaborasi dengan pihak telekomunikasi untuk extend Pakej Rahmah untuk tahun ini!

Korang hanya perlu daftar pakej postpaid 24 bulan dan korang boleh nikmati data 5G tanpa had serendah RM 58 sebulan dan pelanggan berpeluang untuk dapatkan HONOR 200 Lite secara percuma!

Tak kisah la telco mana yang korang pilih, semua boleh dapat telefon percuma.

Korang boleh rujuk pilihan telco di bawah:

Ada juga fungsi-fungsi lain yang membuatkan Siri HONOR 200 Lite ni menjadi kesukaan ramai tau!

Peranti ini juga dilengkapi dengan sistem tri-kamera 108mp serta kamera hadapan 50MP, lengkap dengan fungsi “AI wide-angle“!

Korang juga boleh scroll telefon lama-lama dengan selesa sebab telefon pintar ni dilengkapi dengan skrin perlindungan  mata 324Hz ” ‘PWM Dimming TÜV Rheinland’, dan ‘AI Circadian Night Display” yang menghasilkan pencerahan yang dimana tahap optimumnya sesuai untuk digunakan pada waktu malam. 

Kadar segar semula skrin juga adalah 120Hz- membuatkan pengalaman visual lebih lancar.

Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan teknologi artificial AI seperti ‘Magic Portal, ‘AI Blur Private Info’, ‘Magis Capsule Parallel Space’ dan HONOR ‘Global Favourites Space’.

Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan cipset terkini!

Ia dikuasakan dengan cipset pemproses ‘MediaTek Dimensity’ 6080 yang menyokong sambungan 5G dan ‘MediaTek HyperEngine 3.0 Lite Gaming Engine’.

Bateri telefon pintar ini berkapasiti besar iaitu 4,500mAh dengan keupayaan pengecasan sehingga 35W menggunakan pengecasan berwayar- HONOR Wired SuperCharge. Malah ia juga dilengkapi dengan 16GB RAM serta 8GB RAM Turbo.

Sememangnya telefon pintar yang menepati keperluan serta citarasa pengguna! Korang jangan lepaskan peluang untuk dapatkan HONOR 200 LITE ni hari ni!

Untuk maklumat lanjut boleh ke https://www.honor.com/my/!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Nov 2022
Trending Wed, 25 Sep 2019

Dua Peluncur Ombak dari Cherating Mengejar Ombak ke Sri Lanka

Latih-tubi untuk persediaan ke Sukan SEA…

Hiburan Thu, 8 Jan 2026

Zairi Aziz Syukur Nasha Aziz Beri Sokongan, Nasihat Jangan Terbabit Cinta Lokasi – “Itu Pertama Kali Jumpa Dia Sejak Masuk Industri”

“Saya tak menghubungi dia sebelum ini kerana malu,” Demikian respons pelakon meningkat naik, Zairi Aziz ketika menceritakan detik pertemuan bersama kakak tirinya, selebriti terkenal Nasha Aziz. Ketika ditemui media, aktor berusia 24 tahun itu berkata […]

Featured Wed, 20 Dec 2023
Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023
Ijab & Kabul Mon, 23 Oct 2023
Featured Thu, 19 Jan 2023
Trending Fri, 16 Jul 2021

PEMULIH: Jom Semak Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP!

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Anda mesti tak ketinggalan mendengar pembentangan tu kan? Kalau […]

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
error: Content is protected !!