Remy Ishak Takut Terlalu Kerap Digandingkan Bersama Mira Filzah

Pelakon yang kini popular menerusi drama bersiri Pujaan Hati Kanda (PHK)  ini pernah memberitahu bahawa sudah tiba masanya dia memilih heroin dalam drama selepas sedekad bergelar pelakon.

Bagi Remy, walaupun beberapa kali digandingkan bersama pelakon baru, dia akan tetap memberikan yang terbaik bagi menghidupkan watak yang diberikan.

Justeru itu, apabila digandingkan bersama-sama Mira Filzah, Remy mengakui gandingan ini terlalu serasi sehingga kadang-kadang menyebabkan beliau sendiri merasa takut apabila kerap digandingkan bersama.

Sumber : Instagram @remyishak

Saya akui saya dan Mira terlalu sering digandingkan. Namun sedikit takut kerana takut ter-over shadow dengan watak yang sebelumnya” Katanya ketika ditemui semasa penggambaran Pujaan Hati Kanda yang lalu.

Wah, tak sangka pula dalam drama Pujaan Hati Kanda Danny bukan main lagi suka mengusik Tiara kan? Rupa-rupanya takut eyh?

Apapun, buat korang yang tengah kemaruk menonton drama PHK yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia, TV3 ini, jangan risau sebab korang boleh menonton semula drama tersebut menerusi www.tonton.com.my

Salma Syahbuddin