“Remy Sangat Selektif” – Mira Filzah

Tindakan pelakon yang diberi jolokan ‘Hero Malaya’, Remy Ishak yang memadam semua gambar di dalam akaun Instagram (IG) peribadinya di samping tidak lagi mengikuti pelakon, Mira Filzah baru-baru ini menimbulkan tanda tanya orang ramai. 

Baca: Netizen Gempar Bila Remy Ishak Padam Semua Gambar Di IG

Walau bagaimanapun, beberapa jam kemudian, Remy memuat naik beberapa foto sebagai entri baru di IG sempena tahun baru, dan dikatakan mula mengikuti kembali akaun Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman. 

Apabila ditanya pendapatnya tentang tindakan hero Pujaan Hati Kanda itu, Mira berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya. 

“Saya tidak tahu mengenai hal itu. Mungkin Remy mahu memulakan sesuatu yang baharu sempena kedatangan 2020, jadi dia membuat keputusan untuk mengemas kini pengisian kandungan gambar dan video yang ingin dikongsinya di media sosial.

“Mengenali Remy, dia sangat selektif, terutama dalam berkawan dan siapa yang mahu diikut di media sosial,” kata Mira kepada BH Online. 

Terdahulu, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Paling Popular BH (ABPBH) yang ke-32 itu pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Remy setelah gandingan  mereka di dalam drama rantaian Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan menunjukkan ‘chemistry’ di antara keduanya sehinggakan peminat-peminat mengharapkan hubungan cinta di dalam drama menjadi kenyataan.

Mira kemudian mengambil keputusan untuk membataskan diri daripada digandingkan dengan Remy di dalam projek-projek yang akan datang kerana ia memberi impak yang besar kepada peminat-peminatnya apabila mereka berpecah kerana ada yang tidak dapat menerima gandingannya dengan pelakon lelaki lain seperti Ben Amir dan Ungku Ismail Aziz. 

Baca: Peminat Marah Mira Filzah?

Kredit Foto: Instagram @mfmirafilzah

Del14