Bella Astillah ‘Cair’, Bakal Rujuk Dengan Bekas Suami?

Gara-gara sekeping gambar memaparkan kemesraan, bekas pasangan suami isteri Aliff Aziz dan Bella Astillah dikatakan kembali bersama.

Apa yang menjadi perhatian netizen apabila Bella menerusi Instastory berkongsi gambar sedang mendakap erat lengan pemandu yang dipercayai Aliff.

Pada masa yang sama, Bella turut memuat naik perkongsian ibu Aliff mengenai mutiara kata daripada akaun Twitter Mufti Menk.

Ia seolah-olah menggambarkan perhubungan Aliff dan Bella kembali jernih, dimana ada menyebut tentang “Jadilah manusia yang lebih baik daripada kita sebelum ini”.

Lebih menguatkan lagi spekulasi, Aliff turut memuat naik  foto di dalam kereta yang menampakkan Bella berada di belakangnya.

Ogos tahun lalu, terdapat ura-ura memberitahu pasangan ini bakal merujuk semula selepas bercerai pada Mac.

Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff selepas penyanyi Sayang Sayang itu curang dengan beberapa wanita berbeza.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden yang kini berusia dua tahun.

SGMS Faida