Ribut Kencang Di Oklahoma, Backstreet Boys Pesan Simpan Tiket!

” Keselamatan adalah keutaman nombor satu. Simpan tiket kalian kerana kami akan KEMBALI,” tulis anggota kumpulan Backstreet Boys, Kevin Richardson berhubung ribut kencang yang melanda Oklahoma, semalam.

Laporan media antarabangsa memberitahu sekurang-kurangnya 14 cedera apabila ribut kencang melanda di kawasan WinStar World Casino and Resort in Thackerville, Oklahoma.

Hal ini turut disahkan oleh jurucakap di tempat kejadian, Kym Koch Thompson di mana runtuhan pintu gerbang ke arena konsert disebabkan ribut kencang.

Dalam masa sama, seorang lagi ahli kumpulan Backstreet Boys menulis di laman Twitternya, dia turut mendoakan para peminat mereka yang tercedera.

” Jika waktu mengizinkan, kami boleh beraksi bila-bila masa. Tetapi keselamatan lebih penting ketika ini,” tulisnya ringkas.

Insiden itu berlaku sejurus sebelum Backstreet Boys dijadual memulakan konsert mereka.

Difahamakan sebaik sahaja terdapat laporan ribut akan berlaku, kesemua penonton telah diarah berpindah.
Bagaimanapun, ketika angin kencang dengan kelajuan 113km hingga 128km, masih terdapat kira-kira 150 penonton di arena berkenaan.

Berikutan kejadian itu, konsert berkenaan telah ditangguhkan ke tarikh lain.

SGMS Faida