‘Jangan Ingat Kami Ni Artis, Kami Tak Berhak Nak Bersuara,’ – Fasha Sandha

Gara-gara video memaparkan aksi pelakon Fasha Sandha yang dikatakan terlalu seksi ketika menjalani sesi photoshoot iklan, nampaknya ramai netizen mula bersuara.

Ada yang memuji dan ada juga yang tak suka. Namun dalam ribuan komen diterima. Fasha ‘terpanggil’ untuk memuat naik sebuah gambar seorang wanita yang juga salah seorang pengikutnya di laman Instagram

Dalam posting tersebut, pelakon jelita ini meminta agar netizen segera berhenti melakukan pembulian terhadap artis di laman sosial.

“ Ingat ya… jangan ingat kami ni artis, kami tak berhak nak bersuara. Berhenti MEMBULI ARTIS k,” tulisnya di laman Instagram, malam tadi.

Menurut Fasha, wanita bernama Monaliza Razali itu menulis sesuatu di luar jangkaan apabila mempertikaikan pakaiannya dalam posting terdahulu.

“ Macam ni ya bahasa seorang wanita muslimah, berhijab, juga seorang mak yang dah ada anak? 

“ Saya tau saya buruk. Sebeb tu saya kata, I embrace my flaws. Kalau tak faham, bukak kamus pls. Fahami apa itu erti FLAWS. Ok?.

“ Saya pakai baju tu, ketika saya bertugas dan itu dosa saya dengan Tuhan. Kenapa awak yang panas sangat ni? Awak nakkan perhatian kan? Saya bagi perhatian pada awak now ya wahai saudara islamku. Awak nak kaki kan saya ? Jom jumpa saya esok? Saya letak muka saya kat kaki awak, sila buat kalau berani,” katanya.

Ibu kepada dua anak ini juga berpesan agar Monaliza terus bermuhasabah memandangkan wanita itu juga memilik anak kecil.

“ Awak tu ada anak-anak, awak belum tau apa akan jadi pada anak2 awak. Saya ni sebenarnya takde masa untuk haters, tapi sebab kakak ni mmg nakkan perhatian, nak kaki kan saya, lets meet up.

“ Siapalah kakak ni kan? Memalukan kaum orang berhijab, kata2 tidak seperti penampilan. Apapun , terima kasih ya Kakak. All the best to you,” tulisnya.

Tambah Fasha, laman Instagram itu miliknya dan dia mempunyai hak untuk berbuat apa sahaja di situ termasuklah membuka atau menutup ruangan komen.

“Ini IG saya, suka hati saya nak tutup ruangan komen atau nak buat apapun, anda tak payah sibuk. Pergi jaga laki dan anak- anak awak. Saya takut anak-anak dan keluarga u MALU dengan kata-kata awak ni wahai Monaliza Razali,” katanya.

 

SGMS Faida