Riena Diana Beri ‘Peluang Kedua’ Pada Bekas Kekasih, Akui Sikap Obses Jadi Punca Hubungan Retak

Pelakon dan penyampai radio, Riena Diana mengaku hubungan dengan bekas teman lelakinya, Nik Afiq kembali terjalin.

Bagaimanapun Riena berkata, dia enggan meletakkan status perhubungan sama ada mereka kini masih pasangan kekasih atau sebaliknya.

Ini kerana, kedua-duanya sedang dalam proses memperbaiki diri dan kesilapan masing-masing.

Malah, soal jodoh hanya diserahkan kepada takdir tuhan.

“Saya sudah kenal rapat dengan keluarganyadan berjumpa atas urusan tertentu. 

“Sebelum ni kami memang tak bergaduh bial ambil keputusan untuk berpisah dan kali ini, saya anggap ia adalah peluang kedua untuk kami berdua.

“Sebelum ni, dalam tempoh satu bulan kami putus itulah waktu paling lama kami tidak berhubung dan apabila berjumpa kami berdua ambil keputusan untuk sama-sama memperbaiki hubungan kembali.

“Dan, kami yakin boleh lakukan perkara ini bersama-sama. Cuma, saya tidak mahu terburu-buru katakan kami kembali menjalinkan hubungan cinta. Hanya go with the flow sahaja, tengok apa yang berlaku nanti,” katanya.

Memetik laporan mStar, pelakon drama popular Kampung People ini juga memaklumkan, sikap obses terhadap pasangan menjadi punca hubungan mereka retak dan dia berharap hubungan yang terjalin buat kali kedua ini lebih matang dan tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara toksik.

Terdahulu, Riena mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan hubungan yang terjalin selama empat tahun bersama Nik Afiq putus menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Sumber : mStar

Salma Syahbuddin