Rimas Bersaiz XL, Sam Smith Nekad Sedut Lemak!

Penyanyi Sam Smith mengakui pernah melakukan proses menyedut lemak ketika di usia remajanya.

Mengaku dirinya pernah gemuk, Sam Smith membuat keputusan menyedut lemak pada umur 12 tahun.

“ Ketika kecil, saya seorang yang gemuk dan menjadi lebih buruk dan dada saya semakin berat.

“ Ia mempengaruhu kehidupan saya sejak di usia 11 tahun lagi. Saya mengambil keputusan pergi ke doktor dan menjalani proses sedut lemak,” katanya dalam sesi temubual ‘Weigh’ bersama pengacara Jameela Jamil.

Namun begitu selepas menjalani proses itu, dia berharap agar badannya segera berubah namun lain pula jadinya.

“ Berat badan saya naik semula dalam dua minggu kerana saya tidak atur jadual makan dengan baik. Sama sahaja pada awalnya. Setahun kemudian ketika saya menyedut lemak di dada merupakan keputusan cukup besar bagi saya,” akhirinya.

SGMS Faida