Categories: Eat Travel

Resipi Spageti Marinara yang mudah dan ringkas. Paling penting, sedap!

Kalau selalu makan nasi saja mesti bosan kan? Apa kata sekali-sekala kita ubah selera tekak dengan mencuba menu berasaskan pasta.

Kali ini Hijab & Heels kongsikan resipi Spageti Marinara iaitu antara makanan popular dari Itali di mana sosnya berasaskan tomato. Bahan yang digunakan untuk membuat resipi Spageti Marinara sangat ringkas dan mudah untuk disediakan.

Paling penting, anak suka. Jom cuba!

Bahan:

250 gram spageti, rebus dan tos
1 tin / 680 gram sos pasta cendawan PREGO
4 sudu besar minyak zaitun
½ bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, potong dadu
2 biji tomato, potong dadu
800 gram makanan laut (campuran udang, sotong, kepah atau lala mengikut pilihan)

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak zaitun di atas pan.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kuning keemasan.
3. Tambah tomato dan masak selama dua minit.
4. Masukkan sos cendawan PREGO dan biarkan sehingga mendidih.
Nota: Anda boleh masukkan air, garam dan lada hitam mengikut citarasa anda
5. Tambah makanan laut dan biar selama tujuh ke lapan minit sehingga masak.
6. Sos marinara siap untuk dimakan dengan spageti.

Sumber: Prego

Ad Ops