Kepada anda yang pernah mencuba Earpod daripada Apple sememangnya akan terpesona dengan kualiti bunyi yang dihasilkan, Oleh kerana harganya agak mahal maka tidak ramai pengguna iPhone diluar sana yang mampu memiliki peranti premium tersebut.
Walaubagaimanapun, masih ada alternatif lain sekiranya anda inginkan fon telinga dengan kualiti dan fungsi yang hampir sama seperti peranti tersebut. Berikut kami kongsikan 2 peranti Earbuds tanpa wayar dengan harga mampu milik.
1. X3T Touch Controls Wireless Bluetooth Earbuds
Dengan sambungan Bluetooth versi terkini dan saiz yg sangat ringan ianya sangat sesuai untuk kegunaan kasul mahupun sukan. dilengkapi dengan casing powerbank, ianya akan terus dicaj masuk sejurus disimpan pada casing. Berdasarkan ulasan yang diterima, tempoh penggunaannya hampir 30 jam sekiranya casing tersebut dicaj penuh.
Ianya serasi dugunakan pada iPhone, Android dan PC. Anggaran harga pasaran atas taliannya ialah RM 97
2. TWS-8 Touch Controls Bluetooth Earbuds
Dengan fungsi yang sama seperti model X3T, berbeza pada reka bentuk casingnya. Apa yang menariknya, model ini datang dengan fungsi kalis air. Harga yang ditawarkan adalah dalam lingkungan RM107 pada pasaran atas talian.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.
sumber: wiser.my
Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄
Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.
Hurmmm, apa pendapat korang? Maafkan ke tidak...
Memang ramai betul CCTV Sarah Yasmine ek😅
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.