Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 3, 2024 @ 4:15pm

Rita Rudaini Selar Kenyataan Sekolah MRSM Untuk Anak T20 Belajar Erti Kesusahan – “Siapa Yang Rosakkan Anak Bangsa Sendiri?”

Pelakon sensasi, Rita Rudaini meluahkan rasa berang terhadap kenyataan individu ternama yang mengatakan ‘golongan T20 hantar anak ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk belajar erti kesusahan’.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Rita tidak bersetuju dengan kenyataan yang hanya akan menimbulkan konflik dalam kalangan masyrakat.

Menurutnya, MRSM adalah untuk pelajar-pelajar yang usaha bertungkus-lumus memantapkan akedemik mereka demi dapat memasuki sekolah tersebut,

“Bahaya ‘alasan’ macam ni.. Nak belajar susah banyak lagu tempat boleh hantar. Kat rumah kebajikan pun boleh. Memang statement mengundang masyarakat bergaduh.

“Simple je nak cakap, ‘semua golongan berhak mohon, yang layak masuk’. MRSM untuk budak pandai! Kalau Encik kata nak ajar erti kesusahan yang sebenar adalah ‘siapa malas belajar dia akan ketinggalan’.

“Baru budak-budak sedar erti ‘susah’ bila tak dapat tempat di mana-mana institusi yang bagus dan terbaik,” ujarnya.

Rita Rudaini

Sementara itu, dalam hantaran lain aktres filem Mami Jarumi ini mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab dalam meletakkan ‘jurang’ dalam kalangan pelajar terutamanya terhadap isu pendidikan.

“Siapa yang rosakkan anak bangsa sendiri bila itmbulkan dan tekankan isu ‘KUOTA’?,” soalnya.

Rita Rudaini

Sebelum ini, Rita mendedahkan ada seorang pendidik MRSM melemparkan tuduhan fitnah kepadanya gara-gara memasukkan anaknya ke sekolah kerajaan.

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Selar Tindakan Guru Besar Tampar Murid Depan Khalayak – “Budak Tu Dapat Malu, Hilang Keyakinan & Dendam”

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Bengang Anak Dituduh Masuk Sekolah Kerajaan Guna Kabel, Dikritik Ambil Tempat B40 – “Lebih Teruk Pendidik Yang Sebar Fitnah”

Artikel Berkaitan: “’Arwah’ Dah Tenang Dengan ‘Bidadari Syurga’” – Hantaran Curi Perhatian, Rita Rudaini Tempelak Siapa?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Wed, 28 Feb 2018

Wow…Ayunya Bila Dua Lipa Berhijab

Penyanyi popular dengan lagu Scared To Be Lonely yang ketika ini dalam siri konsert jelajahnya sempat berkunjung ke beberapa lokasi menarik di sana.

Hiburan Thu, 16 Jan 2025

Nash, Zamani, Ameng & Jatt Ali Bergabung Dalam Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat

Konsert ini bakal diadakan pada 1 Februari 2025 di The Star Theatre, Singapura bermula pukul 8 malam.

Hiburan Wed, 15 May 2024
Hiburan Thu, 29 Nov 2018

Jarang Dapat Tawaran Berlakon, Fiza Thomas Kecil Hati?

Kadang-kadang saya hairan kenapa susah dapat tawaran sedangkan saya pernah pegang watak pembantu dalam sebuah drama popular dahulu…

error: Content is protected !!