Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin February 25, 2022 @ 11:24am

#RoadToAJL36 – Umur Belum Cecah 18 Tahun, Artis-Artis Ini Dah Sertai AJL!

Pejam celik, kini tinggal lapan hari sahaja lagi acara berprestij Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) bakal diadakan.

Debaran siapakah yang bakal merebut gelaran juara juga semakin rancak diperkatakan peminat setia 12 karya terbaik yang bakal dipertandingkan pada 6 Mac 2022 nanti.

Namun, tahukah anda bahawa anugerah yang diperkenalkan sejak tahun 1986 ini telah diwarnai dengan pelbagai penyertaan termasuklah dari segi genre lagu, muzik mahupun jurang usia finalis yang bertanding.

Jadi, dalam #RoadToAJL36 kali ini, apa kata kita imbas kembali antara finalis termuda yang pernah berentap di pentas AJL!

Vokalis kumpulan Exist, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin merupakan antara finalis termuda yang pernah menyertai AJL pada tahun 1992.

Berusia 14 tahun sewaktu beraksi di pentas AJL 7, Mamat bersama-sama kumpulan Exist tampil membawakan lagu Untukmu Ibu hasil ciptaan Rahim Othman dan Megat Ismail.

Selain Mamat, pemuzik kumpulan Exist, Along atau lebih dikenali sebagai G-Nola juga merupakan antara komposer termuda yang pernah menyertai AJL pada tahun yang sama.

Malah, kumpulan Exist menerusi penyertaan mereka pada tahun tersebut juga dianggotai oleh ahli yang berusia bawah 16 tahun selain Mamat dan Along, Ajai pada ketika itu berusia 15 tahun sekaligus menjadikan mereka artis berkumpulan termuda menyertai AJL.

 

Sebut sahaja nama Syura, pastinya kelibat anak gadis ini antara yang menjadi perhatian pada AJL 17.

Tersenarai antara calon finalis yang bertanding dalam kategori Etnik Kreatif  menerusi lagu Tenung-Tenung, Renung-Renung bergandingan dengan penyanyi senior, Datuk M Daud Kilau, siapa sangka anak kelahiran Johor Bahru ini pada ketika itu baru sahaja berusia 16 tahun.

Selain Syura, penyanyi Joget Langkah Delapan, Syazliana Abdul Karim, Najwa Latif dan Haida Hasnan juga antara yang finalis yang layak berentap di pentas AJL dalam usia yang sama, 16 tahun.

Tidak habis disitu,  penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula pertama kali beraksi di pentas AJL 11 menerusi lagu dari single pertamanya, Jerat Percintaan ketika usia beliau 17 tahun.

Namun, itu tidak menjadi penghalang buat penyanyi bersuara lunak ini membawa pulang kemenangan besar dalam tiga kategori yang dipertandingkan pada malam tersebut termasuklah Lagu Balada Terbaik, Persembahan Terbaik dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 11. Wow!

Selain nama-nama di atas, penyanyi Azian Mazwan Sapuan (AJL 8), Edry KRU (AJL 9), Zehra Zambri (AJL 20), Stacy (AJL 23),  Akim Ahmad (AJL 24) dan Aiman Tino (AJL 31) antara finalis yang berentap di pentas berprestij itu pada usia 18 tahun.

Bagaimanapun, Siti Nurhaliza tidak terkecuali apabila kembali memberi saingan sengit ketika berusia 18 tahun pada AJL 12 menerusi lagu Aku Cinta Padamu.

Jadi, jangan lupa saksikan AJL 36 yang akan bersiaran secara langsung di TV3, pada 6 Mac 2022, jam 9 malam hanya di TV3! Atau, korang boleh saksikan di LIVE TV di www.xtra.com.my

ARTIKEL BERKAITAN:#RoadToAJL36 – Sering Sertai AJL, Tapi Tak Ada Rezeki Menang… Ada Yang Sampai 7 Kali Join!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Nov 2022

11 Pelajar Upsi Cedera, Bas Terbabas Ke Dalam Gaung

Satu kemalangan bas yang melibatkan kira-kira 60 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyebabkan 11 orang cedera di Jalan Slim Lama dekat Kota Malim Prima, pada petang Rabu. Bas yang dinaiki penuntut UPSI itu terbabas […]

Hiburan Mon, 25 Nov 2024
Featured Sat, 16 Apr 2022
Hiburan Tue, 3 Jun 2025
TECH Thu, 21 Jun 2018

Boleh tonton TV, Youtube Bakal Tergugat Dengan Instagram?

IGTV umpama televisyen. Video akan dimainkan secara automatik apabila anda membuka aplikasi berkenaan, selain setiap rakan atau profil yang anda ikuti adalah seumpama saluran televisyen.

Automobile Sat, 7 Apr 2018

Pick a Name for the New Proton SUV and Win Great Prizes!

Proton needs your help to give its new SUV a name! Join the voting poll contest and you might just win yourself some amazing prizes!

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

Tahniah! Amar Asyraf Dapat Anak Kedua

Alhamdulillah…Tahniah Amar & isteri!

Hiburan Wed, 11 Jun 2025
error: Content is protected !!