Categories: HiburanSelebriti

Rock Revival Himpun Otai Rock

Bila sedih, masuk kereta pasang radio keluar pulak lagu sedih. Bertambah sedih dibuatnya. Cuba sesekali tune ke irama yang lebih laju sikit, barulah semangat! Muzik rock masih mendapat tempat di hati pendengar hingga kini. Pendengar masa kini mungkin tertumpu ke arah pop balada tapi jangan ingat Rock tiada impak tau!

Majoriti pendengar marhaen lebih cenderung memilih muzik berirama rock. Sebut saja Wings, Search, May dan ramai lagi, lagu-lagu mereka masih menjadi pilihan di pusat karaoke dan karya mereka masih diputarkan oleh radio.

Sehubungan itu, Persatuan Karyawan Malaysia dan The House tampil dengan sebuah inisiatif mewujudkan sebuah siri persembahan ‘Rock Revival’ bermula pada 23 Disember ini.

Bagi siri pertama, kumpulan CRK, Melissa dan Crash antara yang bakal membuat persembahan pada hari tersebut. 

Menurut Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berharap agar dengan adanya persembahan ‘Rock Revival’, ia memberi peluang kepada ‘otai-otai’ lagenda untuk menghiburkan sekaligus sebagai platform baru untuk membuat kemunculan lebih segar!

” Generasi  sekarang  mungkin  lebih  mengenali  lagu-lagu  mereka  memandangkan lagu-lagu  ini  masih  menjadi  pilihan  stesen  radio  sehingga  kini,  namun  tidak  ramai kenal siapa di sebalik lagu  tu,”ujarnya ringkas.

Bertempat di The House, G Tower Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, peminat boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan siri pertama pada 23 Disember 2017 bermula jam 8 malam. Tiket berharga RM 50 setiap seorang termasuk minuman ringan.

 

SGMS Enal