Categories: Hiburan

POKEMON I CHOOSE YOU MALAYSIA!

Siapa yang tidak kenal dengan siri anime Pokemon?

Kali ini, Pokemon bakal menemui peminatnya di Malaysia! Kedatangan figura ini adalah bagi meraikan siri televisyen popular itu yang telah berusia 20 tahun.

Pokemon I Choose You akan bertemu peminatnya pada 7 Disember ini

Sempena kedatangannya Ke Malaysia, Pihak Primeworks Studio dan Animonsta Studios telah berkerjasama untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan para peminat figura itu dengan membawa Pokemon terus ke movie!

Apa yang menariknya, Pokemon The Movie : I choose You! ini bakal mengimbau semula kenangan zaman kanak-kanak menerusi siri pengembaraan Pikachu dan Ash buat kali pertama.


Ianya bakal menemui peminat bermula 7 Disember 2017! Jangan lupa saksikan, Pokemon The Movie: I Choose You!

Salma Syahbuddin