Rozita Che Wan Kritik Pereka Busana Siti Nurhaliza, Minta Lebih Peka Untuk ‘Sorok’ Mic Monitor – “Geram! Nampak Tak Kemas”

Pengacara dan pelakon jelita, Rozita Che Wan mempersoalkan siapakah pereka fesyen milik busana yang diperagakan oleh penyanyi terkemuka, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada malam kemuncak Konsert Satu Suara Volume 3, Sabtu lalu.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang hadir ke konsert tersebut seakan terganggu melihat ‘wire’ monitor mikrofon di belakang busana Siti Nurhaliza yang dikatakan agak serabut.

Pendapatnya itu diluahkan menerusi sebuah hantaran di instagram Stories (IGs) memaparkan Siti atau lebih mesra disapa TokTi memakai busana berwarna merah jambu.

“Designer yang buat baju tolong la buat sarung untuk mic ni. Dok geram tengok nampak tak kemas,” tulisnya.

Menerusi muat naik kedua, Che Ta memuji designer busana penyanyi terkenal, Ernie Zakri yang mereka pakaian sesuai untuk selebriti itu.

“Love macam ni.. Mic monitor tak nampak,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, kedua-dua hantaran Che Ta ini disunting ke laman media sosial Twitter oleh peminat TokTi dimana rata-rata mereka bersetuju dengan komen aktres drama Cinta Buat Dara ini.

“Akhirnya! Boleh dah Che Ta jadi wardrobe advisor untuk TokTi,” kata netizen.

“Ya, tak sorok mic monitor nampak serabut.. Setuju dengan Che Ta,” ujar netizen lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Luar Biasa! Konsert Satu Suara Vol. 3 Sukses, Paduan Vokal Siti Nurhaliza, Jay Jay, Ernie Zakri Puaskan 3,000 Peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Dedah Suara ‘Total Lost’ Sebelum Konsert Satu Suara Vol. 3 – “Saya Tetap Kena Menyanyi, Tak Ada Plan B”

Aqilah Paharuzi