Categories: Hiburan

Ruhainies Bengang Dengan Kedutaan Malaysia Di Filipina

Terkandas di Manila akibat letusan gunung berapi di sana pada awal Januari lalu, Ruhainies meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan pihak Kedutaan Malaysia di Filipina.

Menurut Ruhainies, apabila dia menghubungi Kedutaan Malaysia untuk meminta pertolongan ianya dibalas dengan alasan yang tidak wajar. Malah, Ruhainies berkata tiada tindakan susulan diambil oleh kakitangan yang dihubunginya.

 

“Saya ada hubungi Kedutaan Malaysia di Filipina untuk meminta bantuan memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya. Saya beritahu yang saya terkandas serta mohon nasihat daripada pihak mereka.

“Individu yang bercakap dengan saya tu wanita melayu. Dia tidak membantu saya langsung. Alasannya dia merupakan kakitangan baru di situ jadi tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Selepas itu saya cadangkan kepada wanita itu untuk tanyakan kepada individu yang lebih senior. Dia cakap, “nanti saya akan hubungi semula.” Namun sampai dah selesai semuanya, tidak ada pun panggilan telefon daripada mereka. Saya lakukan semuanya dengan sendiri,” katanya kepada Astro Gempak.

Kata Ruhainies lagi, lebih mengecewakan apabila media melaporkan bahawa tiada rakyat Malaysia terkandas ketika insiden letusan gurung berapi itu. Ruhainies turut kecewa dengan layanan Kedutaan Malaysia di sana.

“Yang tak seronok, keesokkannya berita menyatakan tidak ada rakyat Malaysia yang terkandas. Sistem mereka sangat teruk. Saya kecewa dengan kedutaan di sana,” katanya.

Terdahulu, Ruhainies terpaksa membeli tiket penerbangan baru dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark dengan harga mencecah RM15,000 untuk pulang ke Malaysia.  Katanya, dia tidak ada pilihan lain kerana harus pulang juga sebab ada komitmen kerja lain yang perlu diselesaikan.

Difahamkan, Ruhainies terkanda di Manila bersama ibu bapanya selepas menghadiri acara Anugerah Televisyen Asia ke-24.

SGMS Enal