Categories: Trending

Kerajaan MALAYSIA akan sumbang 18 juta sarung tangan untuk Wuhan

Dalam usaha untuk membantu China menangani wabak Coronavirus, Malaysia tidak terkecuali menghulurkan bantuan sebagai negara ‘sahabat’. Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata kerajaan akan sumbang 18 juta sarung tangan ke Wuhan sebagai satu inisiatif bantu China merawata pesakit Coronavirus di sana.

Kata Teresa, sarung tangan itu disumbangkan Majlis Penggalakan Eksport Getah Malaysia (MREPC) dan pengeluar sarung getah di negara ini.

“Syarikat-syarikat ini telah menyatakan persetujuan untuk menyumbang ke arah membantu China semasa pertemuan pada Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

“Walaupun mereka masih di dalam minggu bercuti, namun pengurusan syarikat sarung tangan ini melangkah ke hadapan dan menyatakan komitmen masing-masing untuk memastikan kejayaan inisiatif ini,”

Sebelum ini pada 2014, Malaysia telah menghantar lebih 20 juta sarung tangan getah perubatan kepada lima negara Afrika iaitu Liberia, Sierra Leone, Guinea, Nigeria dan Congo semasa virus Ebola.

Ujarnya Malaysia kini merupakan negara peneraju dunia dalam industri sarung tangan dengan anggaran 180 bilion dieksport ke seluruh dunia.

 

SGMS Enal