Categories: Trending

WHO Beri Amaran Coronavirus Kini Kecemasan Global, Kes Coronavirus Meningkat 9,692 Orang

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini telah  mengeluarkan amaran mengenai wabak Coronavirus, WHO secara rasminya telah mengisytiharkan bahawa novel Coronavirus merupakan kecemasan kesihatan global.

WHO mengumumkan perkara ini selepas mengadakan satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat pertubuhan di Geneva, semalam. 

“Terdapat 98 kes di 18 negara di luar China, termasuk lapan kes jangkitan manusia ke manusia di empat negara iaitu Jerman, Jepun, Vietnam dan Amerika Syarikat (AS),” katanya dalam video yang dikongsi menerusi Twitter rasmi WHO.

Dalam satu laporan, WHO turut membuat pengakuan bahawa risiko jangkitan wabak penyakit itu berada di paras tertinggi bukan sahaja di China malah di peringkat serantau dan global. 

Dalam satu kenyataan rasmi di Twitter Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom meluahkan kerisauan beliau berkenaan potensi sekiranya jangkitan  Coronavirus akan merebak ke negara luar yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah. 

Coronavirus mula merebak di bandar Wuhan dan dipercayai berpunca daripada sup kelawar serta beberapa binatang eksotik yang dijual di  Pasar Raya Huanan di Wuhan. 

Sumber: WHO Twitter

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”