Categories: Trending

[TERKINI] Serangan CORONAVIRUS, Mayat Lelaki Ditemui Ditengah Wuhan

Terkini mengenai isu Coronavirus, seorang lelaki ditemui mati ditengah Wuhan iaitu di kawasan pejalan kaki dan kelihatannya memakai lengkap penutup mulut dan hidung sambil memegang beg plastik.

Kelihatannya tiada orang yang berani mendekati mayat tersebut sehingga pasukan kecemasan tiba di tempat kejadian. 

Wartawan AFP juga turut melaporkan, sebaik sahaja pasukan keselamatan sampai, mereka kemudiannya mengusung mayat tersebut ke dalam ambulans untuk dikejarkan ke hospital berhampiran.

Mayat lelaki yang ditemui di tengah bandar Wuhan, China

Menurut sumber Harian Metro, punca kematian mangsa masih belum diketahui.

Terdahulu, Wuhan menjadi lokasi utama tercetusnya wabak Coronavirus di negara tersebut. Dan sehingga kini, sebanyak 213 kes kematian direkodkan di negara itu sahaja. 

Salma Syahbuddin