Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 9, 2022 @ 11:47am

Runtuhkan Rumah Bersebab, Bukan Riyak… Kak KM Kongsi Rahsia Kejayaan Miliki Banglo RM5 Juta – “Ini Kediaman Ke-7 Saya”

Usahawan selebriti popular, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM sebelum ini dikritik kerana dikatakan menunjuk-nunjuk apabila memaklumkan kepada umum tentang pembelian banglo miliknya yang berharga lebih RM5 juta.

Meskipun ada yang gembira dan ada juga segelintir warganet yang dengki dengan pencapaian yang diraih, namun Kak KM tetap bersyukur dengan pencapaiannya setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Nak Runtuhkan Rumah…” – Kak KM Beli Banglo RM5 Juta, Netizen Kata Menunjuk

Mengulas mengenai pengubahsuaian kediaman, Kak KM memaklumkan proses tersebut akan mengambil masa selama setahun kerana ia melibatkan keseluruhan rumah.

“Ini rumah ketujuh saya dan paling saya idamkan. Proses ubah suai ini mengambil masa setahun, sebab anak pun bertambah, kalau boleh biarlah seorang dapat satu bilik, bilik mak dan mak mertua serta bilik untuk saya juga.

“Bilik karaoke memang dah ada tapi saya nak renovate baru. Bilik tetamu lagi.

“Tapi kalau boleh bila dah ubah suai tu, kita nak lah ada surau. Nak lebihkan benda tu… Nak ada surau,” katanya.

Kak KM ditemui ketika Sidang Media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan dan pelancaran Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Malaysia Grand Bazaar @ Lalaport, Bukit Bintang City Center pada Rabu.

Tambahnya lagi, memiliki kediaman yang diidamkan adalah salah satu impian Kak KM walaupun ini adalah kediaman ketujuh yang dimilikinya.

Selain itu, Kak KM juga sempat berkongsi mengenai kejayaannya selama ini adalah berkat dari doa mak, adik beradik dan keluarga.

“Memang kena buat baik dengan mak bapak. Macam mana marah pun, kita tak boleh cakap pasal mereka. tak boleh nak marah-marah. Mak cuma satu. Kalau nak berkatlah. Mak dengan mak mertua itu memang nombor satu.

“Selain itu kena jaga bahagian kita, tanggungjawab kita. Diri sendiri dan anak-anak, suami dan adik beradik. Kena jaga benda tu dulu. Itulah asasnya,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 May 2019

Dua Bulan Belajar Tentang Celebral Palsy, Naim Daniel Puas Hati Bawa Watak Budi

Naim menganggap watak Budi antara tawaran dan pencapaian terbesar dalam karier seninya.

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Kanye West and Donald Trump Went on a Lunch Date?!

It’s an odd pairing in so many ways…

Trending Mon, 16 Aug 2021
Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

BRAZILIAN PLASTIC SURGEON EXPLAINS HOW SCIENTIFICALLY PERFECT V’S FACE IS

Many people in the world already know just how handsome V of BTS is. But now it is scientifically proven too!

Hiburan Fri, 16 Mar 2018

Kontroversi Antara Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Belum Berakhir!

Kisah mereka dilihat semakin rancak diperkatakan apatah lagi apabila kisah putus tunang ini melibatkan ibu bapa kepada pasangan tersebut

Trending Wed, 15 Jun 2022

Ameera Khan Tidak Bertudung Sepenuhnya, Noor Kartini Mohon Doa – “Dia Masih Dalam Fasa Melatih Diri…”

Datin Noor Kartini memohon agar mendoakan yang baik-baik sahaja buat Ameera Khan.

error: Content is protected !!